UNITED KINGDOM: Mahasiswa Malaysia kini mempunyai ruang dan peluang untuk meningkatkan lagi budaya berpersatuan dalam landskap politik baharu negara.

Semangat yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah ekonomi harimau Asia sebelum ini harus dihidupkan semula dalam kalangan mahasiswa di Malaysia.

Kenyataan tersebut dibuat di London, dalam sesi dialog terbuka di Malaysia Hall London anjuran Kelab Bunga Raya UK.

Tambahnya, ini bukanlah sambungan kepada Kelab UMNO London, yang didakwa hanya menyokong parti UMNO, sebaliknya, ahli diberikan peluang untuk mengkritik dasar-dasar dan tidak taksub.

Sementara itu, Timbalan Presiden dan calon Sarjana Geopolitik Wan Ahmad Fayhsal percaya universiti dan institusi pengajian tinggi perlu dibuka untuk menyemarakkan budaya ilmu yang sebelum ini agak terbatas susulan situasi politik dan iklim yang mencengkam.

Sementara itu, Timbalan Presiden dan Calon PhD di Durham University, Abdul Aziz Aizam menegaskan biar pun kelab ini memberikan fokus kepada Melayu-Islam, ia adalah bebas daripada diskriminasi dan menyambut baik kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia.

Antara aktiviti yang dilakukan kelab ini termasuk sesi perbincangan belanjawan 2018 dialog hala tuju negara bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Hyde Park, serta projek-projek kemasyarakatan seperti pengumpulan dana warga Malaysia yang ditahan wad dengan jumlah kos perubatan ratusan ribu ringgit.

Muzzamil turut menegaskan keahlian Kelab Bunga Raya adalah terbuka dan aktiviti pelajar tidak tertakluk kepada satu faktor semata-mata, sama ada politik atau agama.

SUMBER

Leave a Reply