Hasil daripada usaha kalian;

1. Perlaksanaan permansuhan ditanggungkan.

2. Prof Dr. Faisal Rafiq telah balas emel dari pihak kami dan menjemput untuk turut serta dalam dalam mesyuarat beliau bersama MPP.

3. Pihak kami terbuka untuk bekerjasama dan respon balas telah dihantar kepada pihak beliau.

Berikut kami kongsikan ringkasan respon daripada Timbalan Naib Cansellor berkenaan isu bas UM kepada pihak kami.

1. Awal pagi tadi kita telah hantar kritikan dan solusi kepada pegawai HEPA dan telah dimajukan terus ke Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan. Kritikan dan solusi ini kita telah kongsikan kepada umum. Rujuk tulisan bertajuk “[PERMANSUHAN PERHENTIAN BAS DI LALUAN C]”.

2. Beliau berterima kasih atas kritikan dan solusi dan menganggapnya satu tulisan yang teratur dan matang. Setuju akan gagasan kami untuk mengagkat mahasiswa sebagai rakan setara universiti.

3. Beliau setuju atas kritikan bahawa keputusan ini dilakukan tergesa-gesa dan memohon maaf atas kesulitan. Antara kerisauan pihak pentadbir adalah tentang kos operasi bas. Kami berbesar hati pihak TNC sudi berkongsi angka-angka sebenar kos ini.

4. Beliau juga setuju atas cadangan dan kritikan untuk perlunya medium pengangkutan lain selain daripada bas untuk menjimatkan kos.

Ringkasan isu berbangkit yang lain.

1. Beliau juga membangkit beberapa isu dan berharap agar dapat dibincangkan dalam masa terdekat.

a) Kos Kolej Kediaman.
b) Kadar kebolehpasaran mahasiswa
c) Sistem Merit
d) Keutamaan polisi kepada mahasiswa daripada pendapatan isi rumah keluarga rendah (B40, M40)
e) Kegusaran antara kuantiti dan kualiti program dijalankan oleh Kolej, Citra, Fakulti dan HEPA sendiri.
f) Isu berkaitan UM wifi.

Penafian: Beberapa perkara terkait data, kos sebenar tidak dapat dikongsikan dalam tulisan ini melainkan dengan kebenaran daripada pihak bertanggungjawab. Tulisan ini adalah ringkasan daripada keseluruhan tanpa prejudis dan mala fide (niat buruk).

Demokrat Universiti Malaya

Leave a Reply