UM henti perkhidmatan bas ketika musim peperiksaan dan Ramadan

Adalah dimaklumkan bahawa setelah menjalankan pemantauan selama hampir 1 bulan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) telah memutuskan untuk memansuhkan beberapa perhentian bas di Laluan C (Pantai Dalam) bagi perkhidmatan Bas Shuttle UM.

Perhentian yang dimansuhkan adalah seperti berikut:
a) Hentian Kondo Rakyat
b) Hentian Pantai Hill Park

Sehubungan itu, Perhentian Bas terkini bagi Laluan C adalah seperti berikut:

UM Sentral >> PASUM >> Stadium Hoki >> Tenaga Nasional Berhad >> Angkasapuri >> Pantai Permai >> Bangsar South >> Masjid Ar-Rahman >> Kolej Kediaman Pertama >> Fakulti Kejuruteraan >> UM Sentral

Penggunaan Laluan C yang terkini akan berkuatkuasa mulai 4 Jun 2018. Sebarang pertanyaan sila hubungi Hairil Zainal di talian 03-7967 3548 atau email hep_pengangkutan@um.edu.my.

Sekian, terima kasih

Leave a Reply