Rahman – Tawaran untuk mahasiswa UM terbitkan Zine sendiri

Semalam aku menerima email panjang daripada seorang kawan dari Universiti Malaya.

Katanya dia berminat dengan Nadi Mahasiswa Malaysia dan beri cadangan supaya kami terbitkan Zine.

Dia juga beri cadangan supaya kami terbitkan zine mahasiswa UM. Katanya kos printing zine selalunya mahal, apabila dah jual untung terlalu sedikit.

Dia minta pandangan aku.

Aku fikir macam inilah. Aku ada semua alatan untuk menerbitkan Zine.

Kalau betul ada mahasiswa Universiti Malaya atau sekitarnya nak terbitkan zine, aku boleh cetak dengan harga yang murah.

Aku boleh cetak dengan harga RM 1.50 se-zine (Zine tidak melebihi 42 muka surat)

Aku tolong editkan (minimal editing) sekali.

Biasanya boleh jual pada harga RM3-5.

Macam mana nak jual? Itu kita boleh bincang.

Leave a Reply