Semalam, Saudara Asheeq Ali, aktivis mahasiswa UKM telah menerima hukuman digantung pengajian sekali lagi akibat keterlibatan beliau dalam himpunan #TANGKAPMO1 dua tahun yang lalu. Kali pertama, beliau digantung selama tiga minggu pada 1 November 2016 kemudian selama sebulan berkuat kuasa 14 Mac 2018 sehingga 13 April 2018.

Penggantungan ini dilaksanakan setelah beliau kalah dalam saman beliau terhadap UKM di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 22 Febuari yang lalu. Lebih teruk lagi, beliau hanya mempunyai baki 3 bulan sahaja lagi sebelum menamatkan pengajiannya di UKM.

Untuk itu, satu sidang media akan diadakan bagi mendesak UKM berhenti menzalimi mahasiswa seperti saudara Asheeq. Butiran sidang media adalah seperti berikut:

Tarikh : 14 Mac 2018 (Rabu)
Masa: 2.00 pm
Tempat : The Center to Combat Corruption and cronyism (C4) , A-3-7, Jalan Sungai Jernih 8/1, 8th Avenue Business Centre, 46050 Petaling Jaya, Selangor

Kami juga akan mengumumkan tindakan susulan sehingga pihak UKM menarik balik hukuman ke atas beliau. Mahasiswa, rakan aktivis, rakan media dan NGO dijemput hadir.

Leave a Reply