Pengerusi PDI-Perjuangan Malaysia dengan anak-anak warga Indonesia dan pengajar di sekolah alterantif Rawang,selangor

Kuala Lumpur – Pada hari Ahad (28/10), kumpulan DPLN PDI-Perjuangan Malaysia mengedarkan buku sumbangan calon legislatif (caleg) daerah pilihan raya (Dapil) Jakarta II Encik H. Prasetyo Edi Marsudi, S.H  di sekolah alternatif untuk Anak Indonesia di wilayah Rawang, Selangor, Malaysia.

“Sumbangan buku ini dibuat secara berperingkat kepada sekolah alternatif untuk warga Indonesia yang memerlukan, disekitar Kuala Lumpur dan Selangor,” kata salah seorang AJK, DPLN PDI-Perjuangan Malaysia.

Pada peringkat pertama pengagihan, sekolah alternatif  Rawang kelolaan Puan Murniati bersama 2 orang guru dan 66 orang murid dari Tadika hingga Darjah 6 (SD) menerima 30 buku mata pelajaran dengan setiap tingkatan menerima 5 pakej buku.

Kumpulan PDI-Perjuangan DPLN yang diiringi oleh ketua umum En Asfar Misbah atau lebih dikenali sebagai En Ucok segera disambut oleh pihak pengurusan sekolah alternatif  dan mahasiswa pertukaran yang tengah menjalani  aktiviti kesukarelawanan pendidikan di situ.

Salah seorang pengurus yang juga seorang guru, menghargai pemberian buku daripada Mas Pras (panggilan En. Prasetyo Edi Marsudi) yang sangat berguna untuk pembelajaran dan mendoakan kejayaan Mas Pras dalam pilihanraya 2024.

By Mansurni Abadi

Knowledge seeker and activist that help Indonesia moving library network in Sumatra island, graduate from American English Skills Development Center Manila, Philippines ( Diploma in English), IIB dharmakaya Lampung ( BA in Hr management ), and Muhammadiyah Lampung univ ( BA in psychology ) than ever work and study English and NLP in Australia ( Perth and Sydney ) and exchange to Laos, Cambodia, Myanmar, and Thailand. Currently, doing master degree research program in ethnic studies, National University of Malaysia, and active in a few local and international youth organization. I define my self as an activist who likes it with travel because when we explore the depth of our curiosity about the world, we are often called to challenge and question the way things are and why

Leave a Reply