Mahasiswa memainkan peranan penting dalam membantu melindungi alam sekitar. Sebagai ejen perubahan yang akan memastikan alam akan kekal terpelihara. Mahasiswa memiliki kemampuan untuk mengerakkan orang awam dengan semangat muda dan tenaga yang dimiliki mereka. Isu alam sekitar merupakan antara yang agak terpinggir, terutamanya di Malaysia.

Paling mudah, mahasiswa perlu cuba memastikan persekitaran kampus mereka mesra alam sekitar dan boleh dijadikan contoh kepada masyarakat awam. Kawasan kampus sepatutnya memberi gambaran terhadap apa yang ingin dilakukan pada masyarakat – memandangkan universiti adalah tempat untuk masyarakat yang berjaya mendapatkan akses kepada pendidikan tinggi.

Salah satu contoh yang paling popular bagi menggambarkan keterlibatan anak muda dalam perjuangan alam sekitar adalah kejadian yang berlaku pada awal bulan ini. Untuk pengetahuan, Polis Norway telah menahan aktivis alam sekitar muda, Greta Thunberg, ketika acara tunjuk perasaan di pekarangan pejabat Kementerian Kewangan di Oslo.

Thunberg yang memang terkenal sebagai aktivis alam sekitar telah menyertai demonstrasi bersama kumpulan yang sebahagian besarnya terdiri daripada penyokong etnik pribumi Sami. Mereka mendesak agar jentera turbin angin segera dipindahkan dari sebuah kawasan penting bagi kaum itu, yang turut menjadi zon padang ragut bagi rusa kutub.

Kumpulan penunjuk perasaan itu sudah beberapa hari berhimpun hingga menghalang akses masuk ke beberapa bangunan kerajaan.

Greta Thunberg dan beberapa aktivis lain yang bertindak menghalang salah satu pintu di pejabat Kementerian kewangan itu telah dialihkan anggota polis secara paksa, memandangkan mereka tidak mahu berganjak dan kekal dalam posisi duduk atau berbaring.
Sementara itu, peserta protes yang lain terus bersemangat mengibarkan bendera kaum Sami sambil berteriak supaya projek ladang angin itu dihentikan.

Impak Greta ini bukan boleh bawak bincang, pada tahun 2019 Malaysia turut mengadakan demonstrasi darurat iklam.Bantahan itu dianjurkan Klima Action Malaysia (Klima) bersama NGO Greenpeace dan Amnesty International mempunyai 11 tuntutan.

Antaranya menggesa kerajaan menyiasat dan mengenakan tindakan tegas terhadap syarikat yang menyumbang kepada krisis jerebu yang berterusan, larangan terhadap syarikat berkaitan kerajaan daripada bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada jerebu dan undang-undang baru jerebu rentas sempadan.

Bercakap dalam Demonstras itu adalah ahli Parlimen, Wong Chen. Dia mengatakan:

“Pencemar tunggal terbesar di Malaysia daripada segi pelepasan karbon dioksida adalah pemilik loji janakuasa tenaga. Mereka menyumbangkan 80 peratus daripada pelepasan karbon di Malaysia. Keuntungan mereka melampau besarnya dan sangat memualkan! Itulah sebabnya mereka perlu membayar cukai karbon mengenai isu itu.”

Kami pasti kumpulan anak muda dan mahasiswa turut terlibat dalam aktiviti demonstrasi perubahan iklim ini.

Seperti artikel kami berkaitan demonstrasi mahasiswa, mahasiswa mampu memberikan kesedaran masyarakat yang tinggi. Mahasiswa perlu selalu memberi peringatan kepada masyarakat tentang pentingnya memelihara alam sekitar – selalunya masyarakat akan mendengar mereka yang terpelajar.

Sebagai kumpulan masyarakat yang terpelajar, mahasiswa seharusnya dapat membantu melindungi alam sekitar dengan mengambil tindakan yang vokal dan tegas di luar kampus. Mahasiswa dapat membentuk kelompok sukarelawan untuk membersihkan pantai atau memulakan program berimpak di kawasan mereka tinggal. Mahasiswa memainkan peranan penting dalam membantu melindungi alam sekitar, terutamanya mereka kumpulan yang dapat berjuang dengan ilmu dan mampu mendidik masyarakat tentang hal-hal seputar alam sekitar.

Program-program di luar kelas ini dapat mengembangkan kepemimpinan, keberanian, dan inovasi, yang dapat membantu mahasiswa di masa hadapan. Aktivisme alam sekitar ini tentunya akan memberi mahasiswa peluang untuk mengembangkan jaringan dan mencipta persahabatan dengan orang-orang yang memiliki minat yang sama. Apa yang penting adalah strategi yang berkesan dalam memastikan objektif yang dirancang dapat dicapai.

Leave a Reply