Berita gembira buat graduan dan mereka yang untuk menyertai KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Kini terdapat kekosongan jawatan bagi Pengajar Gred U41 (Penolong Pegawai Perubatan) dan kekosongan ini terbuka kepada pelbagai bidang.

Oleh itu kepada graduan yang berwarganegara Malaysia dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Pengajar Gred U41

GAJI

RM2429.00 – RM9656.00

Kenaikan tahunan: RM225.00

BIDANG YANG DIPERLUKAN

  • Dietetik
  • Sains Forensik
  • Sains Kesihatan
  • Psikologi
  • Sains Bio perubatan
  • Sains Kesihatan
  • Sains Pemakanan
  • Sains Perubatan Kecemasan
  • Sains Sukan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas dari tarikh tutup permohonan
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang sesuai dengan bidang dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
  • Menepati syarat-syarat akademik minimum yang telah ditetapkan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
  • Kemas
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan

CARA MEMOHON

  • Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 9 (SPA9).
  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut.
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON.
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

27 JANUARI 2022 (KHAMIS) 11.59 MALAM

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply