Anda sedang mencari pekerjaan? Berminat untuk bekerja di bawah sektor kerajaan? Anda mungkin individu yang di cari kerana baru-baru ini Jabatan Perdana Menteri ada membuka lebih 1000 kekosongan jawatan bagi Pembantu Awam Gred H11. Oleh itu kepada mereka yang mempunyai minima sijil PMR/SPM ataupun seiktiraf dengannya bolehlah memohon jawatan mengikut syarat serta cara permohonan di berikan.

Sebelum itu, teliti terlebih dahulu maklumat yang akan diberikan di bawah. Selamat mencuba!

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Pembantu Awam Gred H11

GAJI

RM1218.00 – RM2939.00

Kenaikan tahunan: RM80.00

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
  • Menepati syarat-syarat akademik minimum yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perdana Menteri
  • Kemas
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan

CARA MEMOHON

  • Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 9 (SPA9).
  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut.
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON.
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
    Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

23 JANUARI 2022 (AHAD) 11.59 MALAM

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply