TUDM

TUDM: Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 65/22 (Wanita) | Gaji Sehingga RM2,026.07

Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 65/22 (Wanita) | Gaji Sehingga RM2,026.07 ~ Kepada sesiapa yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.

Sukacita dimaklumkan terdapat kekosongan jawatan dibuka untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Tentera Udara Diraja Malaysia.

Baca Juga: Khazanah Graduate Trainee Programme (KGTP) 2022 | Mohon Sebelum 31 JAN 2022


Maklumat Jawatan Kosong

TUDM, Tentera Udara Diraja Malaysia menawarkan pelbagai kekosongan jawatan terkini kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki kelayakan seperti maklumat di bawah: 

  • PERAJURIT MUDA UDARA SIRI 65/22 (WANITA)

Tarikh permohonan adalah bermula pada 16 Nov 21 dan ditutup pada 30 Nov 21. 

Baca Juga: Jawatan Kosong PERKESO (PUTRAJAYA) | Gaji RM2,200 sehingga RM10,300


Cara Memohon Jawatan Kosong

Untuk memohon, sila layari : https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/

  1. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
  2. Log masuk ke bahagian pemohon.
  3. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
  4. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

* Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
* Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
* Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
* Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.


Syarat Kelayakan Memohon

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 MAC 2022.
  3. Penglihatan –
    • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
    • Tidak rabun warna.
  4. Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
  5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  6. Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
SYARAT FIZIKAL
  1. Tinggi:
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
    • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  2. Berat:
    • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
    • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
  3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25
KELAYAKAN AKADEMIK
  1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  2. SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  5. DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

TIPS:

  • Pastikan anda menggunakan emel yang aktif  dan nombor telefon yang boleh dihubungi.
  • Muatnaik resume/cv terkini dengan format yang ditetapkan.
  • Muatnaik dokumen yang diperlukan dengan lengkap.

Baca Juga:Ikut Tips Hasilkan Resume Ini Untuk Dapatkan Tawaran Kerja Segera! (ATS Friendly Resume)


Bagi calon-calon yang berjaya, anda akan dihubungi dan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak mendapat apa-apa maklum balas selepas lebih 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Sekiranya anda berjaya mendapat tawaran, anda hendaklah memberi respon balas sama ada MENERIMA atau MENOLAK tawaran tersebut dalam masa yang ditetapkan.Semoga berjaya!


Leave a Reply