SIP Prihatin 2.0: Download Aplikasi Prihatin PERKESO & Mohon Elaun Mencari Pekerjaan~ SIP Prihatin 2.0 merupakan salah satu peruntukkan dibawah pakej PEMULIH yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Perluasan pemberian insentif (elaun) ini kini dibuka kepada semua termasuklah kepada bukan pencarum PERKESO.

Ini bermaksud para graduan, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang tidak mempunyai akaun KWSP boleh membuat permohonan.

Permohonan SIP Prihatin 2.0 (Elaun Mencari Pekerjaan) Kini Dibuka.

Baca juga: Jawatan Kosong & Temuduga Atas Talian Anjuran PERKESO (Mengikut Negeri).


Cara Memohon SIP Prihatin 2.0 melalui aplikasi Prihatin PERKESO

Berikut ialah cara-cara untuk memohon Elaun Mencari Pekerjaan (SIP Prihatin 2.0) melalui aplikasi Prihatin PERKESO.

1. Daftar dan lengkapkan profil anda di portal MYFutureJobs. (Rujuk : Cara Daftar MYFutureJobs Secara Online Dengan Mudah).

2. Daftar di aplikasi Prihatin PERKESO bagi tujuan permohonan elaun. Anda perlu memuat turun (download) aplikasi ini di google play untuk mendaftar permohonan.

3. Melakukan pencarian pekerjaan, menghadiri temuduga & mengemaskini Log Aktiviti di portal MYFuture Jobs. Anda boleh menyemak syarat-syarat dan bilangan temuduga yang perlu dihadiri bagi melayakkan anda menerima elaun ini di sini: Permohonan SIP Prihatin 2.0 (Elaun Mencari Pekerjaan) Kini Dibuka.

4. Kemaskini tarikh kembali bekerja di Aplikasi Prihatin PERKESO sekiranya anda telah berjaya mendapatkan mana-mana pekerjaan. Anda juga akan menerima insentif tambahan (RM400) sekiranya anda berjaya mendapatkan pekerjan. 

5. Terima bayaran mengikut aktiviti yang dijalankan selepas menerima kelulusan. 

PENTING: Akaun pengesahan syarikat perlu dilampirkan sekiranya menghadiri program temuduga anjuran bukan PERKESO.

Baca juga: Daftar Sebagai Pencari Kerja & Sertai Latihan Secara Percuma!


Aplikasi Prihatin PERKESO

1. Lakukan carian melalui google play dengan kata kunci “PERKESO”. Kemudian, muat turun aplikasi Prihatin PERKESO di peranti anda (telefon bimbit, dll).

2. Di laman utama aplikasi, klik icon “Pemulih“.

3. Anda perlu log masuk atau cipta akaun untuk pengguna kali pertama. Klik, “Cipta Akaun” untuk mendaftar pertama kali.

4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik “Seterusnya“.

5. One Time Password (OTP) akan dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan untuk pengesahan. Oleh itu, pastikan nombor telefon anda aktif dan boleh menerima sms.

6. Setelah memasukkan OTP yang di berikan, anda telah berjaya mencipta akaun. Klik, “Okay” untuk teruskan.

7. Anda juga perlu melakukan pengesahan melalui pautan yang diberikan melalui emel anda. Klik pautan tersebut untuk proses pengaktifan akaun. 

8. Anda akan di bawa ke halaman berikutnya untuk set ungkapan rahsia (minimum 5 aksara) dan kata laluan anda. Setelah selesai, klik, “Seterusnya“.

7. Pergi ke aplikasi yang anda telah muat turun tadi dan klik, “Log masuk“.

8. Kini, anda boleh login ke akaun anda menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan. Masukkan no kad pengenalan dan klik “Seterusnya“.

9. Klik icon “Pemulih“. 

10. Klik, “Mohon” untuk meneruskan proses permohonan.

11. Ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai (terdapat 5 proses permohonan). 

12. Anda juga boleh mencari kerja melalui aplikasi ini. Klik, “Aktiviti carian kerja” untuk mencari kerja. 


Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Anda boleh membaca mengenai soalan-soalan lazim (FAQ) bagi setiap inisiatif di bawah PEMULIH yang dimuat naik ke laman web dan media sosial rasmi PERKESO.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Careline PERKESO di talian 1300-22-8000 atau layari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my.

Baca juga: MAXIS: Jawatan Kosong Live Chat Consultant Maxis (August Intake)

Leave a Reply