MYFutureJobs: Cara Daftar MYFutureJobs Secara Online Dengan Mudah.

MYFutureJobs: Cara Daftar Secara Online Dengan Mudah ~ MYFutureJobs adalah sebuah laman web rasmi yang diwujudkan khusus buat pencari kerja dengan kerjasama beberapa pihak seperti PERKESO, HRDF, NIOSH, JTKSM, myGOV, mBOT, TalentCorp dan lain-lain.

Daftar akaun di laman web ini dan tepati syarat-syarat yang diperlukan untuk mendapat pelbagai insentif yang disediakan seperti Elaun Mencari Pekerjaan. Selain itu, anda juga berpeluang untuk mengisi lebih 1000++ jawatan kosong serta menikmati pelbagai program yang ditawarkan melalui laman web ini.

Berikut ialah cara daftar MYFutureJob sebagai pencari kerja.

Cara Daftar MYFutureJobs 

1. Layari laman web rasmi MYFutureJobs di: https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/

MYFutureJobs

2. Klik “ Log Masuk  Pencari Kerja” sebagai pencari kerja untuk ke proses selanjutnya.

3. Anda akan dibawa ke halaman seterusnya untuk mendaftar masuk seperti dibawah.

MYFutureJobs

  • Untuk pengguna kali pertama, klik “Daftar” di bahagian bawah kotak berhampiran dengan perkataan “Pengguna Baru”.
  • Sekiranya anda pernah mendaftar, masukkan no kad pengenalan dan kata laluan anda. Kemudian, klik “Log Masuk”.
  • Terlupa kata laluan; Klik “Lupa Kata Laluan” untuk mengemaskini kata laluan baru.

4. Lengkapkan maklumat anda di bahagian profil untuk penilaian majikan.

5. Klik “Carian Pekerjaan” untuk mencari kerja yang anda inginkan mengikut lokasi anda.

Selesai.


Baca juga:


 

Leave a Reply