PETRONAS: Graduate Employability Enhancement Scheme (GEES) ~ Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.

Sukacita dimaklumkan terdapat beberapa jawatan kosong dibuka khusus buat graduan yang belum mendapat pekerjaan bagi mengisi kekosongan di Petronas Malaysia. Kekosongan jawatan ini melibatkan pelbagai bidang dengan syarat kelayakan graduan (fresh grad) boleh memohon. 

Pengambilan calon dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat dengan jawatan kosong yang disenaraikan pada pautan dibawah. Sila pastikan anda membaca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan tersebut.

Baca Juga: Senarai Terkini Jawatan Kosong Di Universiti-Universiti Malaysia.


Maklumat Jawatan Kosong

PETRONAS menawarkan 28 jawatan kosong yang terbuka untuk fresh grad  untuk jawatan teknikal dan bukan teknikal melibatkan pelbagai jawatan seperti berikut:

 

Technical Functions:

1. Finances & Accounts
2. Civil, Structural and Pipeline Engineering
3. Petroleum Engineering
4. Geoscience
5. Electrical Engineering
6. Instrumentation / Control Engineering
7. Materials, Corrosion and Inspection Engineering
8. Process Technology / Process Operation
9. Health, Safety and Environment (HSE)
10. Project Management
11. Maintenance Management
12. Drilling

Non-Technical Functions:
1. Finances & Accounts
2. Business Planning & Development
3. Marketing & Trading
4. Procurement / Supply Chain Management
5. Legal
6. Human Resource
7. Facilities Management
8. Strategic Communications
9. Security
10. Internal Audit
11. Risk Management
12. Learning Facilitator
13. Knowledge Management
14. Library
15. Change Management
16. Capability Management

Cara Memohon Jawatan Kosong

Semua permohonan boleh dipohon secara online di portal rasmi PETRONAS. Sila layari https://www.petronas.com/careers/students-graduates untuk melihat pelbagai kekosongan jawatan ditawarkan. 

Kepada calon yang berminat, anda mestilah mempunyai akaun di portal rasmi PETRONAS (CAREER).

PETRONAS

Sila daftar dan lengkapkan maklumat terkini anda beserta resume/cv dan gambar profil berukuran gambar passport untuk penilaian majikan sebelum melakukan permohonan.

Klik pautan dibawah untuk mendaftar akaun sebagai pencari kerja PETRONAS dan pilih jawatan yang anda inginkan. Klik “Apply For GEES” pada iklan jawatan tersebut di https://www.petronas.com/careers/students-graduates untuk memohon.

Syarat dan terma bagi setiap permohonan jawatan yang ditawarkan perlu dirujuk di laman web pengambilan jawatan PETRONAS (halaman penuh pengiklanan jawatan).

[ MOHON DISINI ]

PENTING: Pemohon disarankan bagi mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam portal ini.


Syarat Kelayakan Memohon

Kekosongan jawatan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan mengikut jenis jawatan. 

Sekiranya anda merupakan individu yang berkelayakan dengan kelulusan Ijazah, Sarjana (Master) atau Kelayakan Professional ACCA yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, anda adalah di pelawa bagi mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan. 

Selain itu, anda mestilah:

1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 26 tahun.

2. Mendapat keputusan minimum CGPA 3.0 untuk kelulusan Ijazah.

3. Tidak mempunyai pekerjaan atau bekerja di luar bidang kelulusan.

4. Tidak menghadiri mana-mana program yang sama ditawarkan oleh pihak GLC/syarikat lain. 

Baca Juga: HRDF: Daftar Sebagai Pencari Kerja & Sertai Latihan Secara Percuma!

Selain itu calon memiliki kelebihan sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Berpewatakan Menarik, 
  • Berpengetahuan am,
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (sila rujuk kelayakan permohonan pada iklan). 

Kelebihan :

  • Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
  • Cuti Tahunan, Cuti Sakit dan lain-lain (sila rujuk pada iklan)

PENTING: Pemohon disarankan untuk membaca dengan teliti semua syarat kelayakan dan maklumat/info jawatan yang ditawarkan sebelum membuat permohonan. Pastikan anda mengisi maklumat anda dengan betul dan lengkap. 


TIPS:

  • Pastikan anda menggunakan emel yang aktif  dan nombor telefon yang boleh dihubungi.
  • Gunakan resume dengan format ATS (Applicant Tracking Sytem).
  • Muatnaik dokumen yang diperlukan dengan lengkap.

Bagi calon-calon yang berjaya, anda akan dihubungi dan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak mendapat apa-apa maklum balas selepas lebih 6 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. 

Permohonan untuk program ini dibuka SEPANJANG TAHUN. 

Sekiranya anda berjaya mendapat tawaran, anda hendaklah memberi respon balas sama ada MENERIMA ataua MENOLAK tawaran tersebut dalam masa 3 hari.

PENTING: Permohonan yang dilakukan melalui ONLINE sahaja diterima. Mana-mana individu yang membuat permohonan melalui emel, pos atau penghantaran surat melalui kurier, permohonan adalah dianggap tidak lengkap.

Semoga berjaya!

Baca Juga: PENJANA KERJAYA: Cara Membuat Pendaftaran Portal PenjanaKerjaya

Leave a Reply