PENJANA KERJAYA: Cara Membuat Pendaftaran Portal PenjanaKerjaya ~ Program Insentif Pengambilan Pekerja, PenjanaKerjaya, di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah dianjurkan bermula 15 Jun 2020 yang lalu. Program ini dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia, PenjanaKerjaya bertujuan merangsang pewujudan pekerjaan dan meningkatkan peluang pekerjaan.

Berikut ialah 6 langkah mudah untuk anda mendaftar di Portal PenjanaKerjaya dan layak menerima plebagai insentif yang ditawarkan sekiranya menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. 

Penjana Kerjaya  

Cara Membuat Pendaftaran Portal Penjana Kerjaya

1. Layari laman web: penjanakerjaya.perkeso.gov.my

2. Klik “Register” bagi pengguna kali pertama.

3. Pengguna perlu lengkapkan:

  • Name
  • Phone No
  • Email
  • Password
  • Repeat Password

Setelah selesai, klik “Submit“.

4. Pengguna akan menerima emel untuk pengesahan pendaftaran. Kemudian, klik “here” pada email yang diberikan untuk langkah selanjutnya. Anda akan dibawa ke Login Page.

5. Untuk Login, masukkan semula emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.

6. Klik “Submit” dan sistem akan paparkan Home. (Anda telah berjaya mendaftar dan login ke portal PenjanaKerjaya).

Terlupa kata laluan 

  • Bagi pengguna terlupa kata laluan, klik pada, “Forget Password?“. Kemudian, pengguna akan menerima e-mel untuk penukaran kata laluan.

Untuk pencari kerja, anda perlu mendaftar di Portal MYFutureJobs untuk menikmati pelbagai peluang pekerjaan dan insentif yang disediakan di bawah program Penjana Kerjaya. 

Berikut ialah cara mudah untuk mendaftar akaun di  MYFutureJobs :

Cara Daftar MYFutureJobs 

Layari laman web rasmi MYFutureJobs di: https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/

PEMULIH: Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Khas Untuk Pencari Kerja

  •  Klik “ Log Masuk  Pencari Kerja” sebagai pencari kerja untuk ke proses selanjutnya.
  • Anda akan dibawa ke halaman seterusnya untuk mendaftar masuk seperti dibawah. 

  • Untuk pengguna kali pertama, klik “Daftar” di bahagian bawah kotak berhampiran dengan perkataan “Pengguna Baru”. 
  • Sekiranya anda pernah mendaftar, masukkan no kad pengenalan dan kata laluan anda. Kemudian, klik “Log Masuk”.
  • Terlupa kata laluan; Klik “Lupa Kata Laluan” untuk mengemaskini kata laluan baru. 

 Lengkapkan maklumat anda di bahagian profil untuk penilaian majikan. 

Klik “Carian Pekerjaan” untuk mencari kerja yang anda inginkan mengikut lokasi anda.

Selesai. 

Leave a Reply