Konfeti Project merupakan sebuah projek sukarelawan yang berfokuskan kepada pengumpulan dana bagi membantu mahasiswa/i daripada keluarga yang kurang berkemampuan dari seluruh negara untuk memiliki komputer riba. Projek ini adalah satu inisiatif yang diambil akibat daripada pandemik COVID-19 yang melanda dan menyebabkan kebanyakan institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta memulakan sesi pembelajaran melalui atas talian.

Hal ini menjadikan komputer riba sebagai satu keperluan utama bagi setiap mahasiswa/i dalam proses pembelajaran di atas talian. Melalui projek ini, kami akan menyalurkan pemberian bantuan komputer riba kepada mahasiswa/i yang memerlukan agar mereka tidak ketinggalan dalam sesi pembelajaran.

Konfeti Project Siri 1.0 telah digerakkan oleh sembilan orang sukarelawan daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran. Projek ini telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan mulai November 2020 hingga Disember 2020. Sebanyak 12 unit komputer riba telah berjaya dikumpulkan dan diberikan kepada penerima yang melepasi saringan.

Projek ini juga telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Belia Harmoni Malaysia, Laptop for The Needy dan Eight for Aid. Bertepatan dengan situasi dan keperluan semasa, projek ini akan diteruskan lagi bagi membantu lebih ramai mahasiswa/i dari seluruh negara dalam siri 2.0 dan seterusnya.

Projek siri 2.0 ini akan diteruskan pada bulan Februari dan dijangkakan berakhir pada bulan Mac 2021, dengan mensasarkan sumbangan sebanyak RM 20 000 bagi menaja mahasiswa/i seramai 25 orang

Cadangan Spesifikasi Komputer Riba

Berikut adalah cadangan spesifikasi asas komputer riba yang akan diberi kepada penerima:

  1. Intel celeron
  2. Ram 4gb
  3. Ssd
  4. Webcam
  5. Gpu intel graphic
  6. Warranty

 

[ Kutipan Dana Konfeti Project 2.0]

Konfeti menyediakan ruang kutipan ini untuk mengumpulkan dana bagi membantu Mahasiswa/i yang terkesan.

Sumbangan boleh dibuat melalui link dibawah :

https://www.billplz.com/Konfeti

 

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan:

Ghazali : http://bit.ly/GhazaliOthman

Liyana : http://bit.ly/LiyanaNadiah

Facebook : Konfeti Project

#KonfetiProject

#NoOneLeftBehind

Leave a Reply