Apa yang kita boleh belajar daripada isu ini?

Oleh : Muneera Lukman

Mahasiswa Psikologi Pendidikan, Universti Sains Malaysia

 

 

Kes terbaru yang telah membanjiri media sosial adalah berkenaan kes pembunuhan seorang lelaki berkulit gelap di Minneapolis, Amerika. Pembunuh adalah seorang polis. Ya, saya juga lihat ini sebagai satu kes rasis di mana kita semua maklum bahawa kes rasis “White is superior” ini bukan perkara baru. Isu ini sudah terlalu lama dan sangat sukar untuk diatasi terutamanya di Amerika.

Saya juga maklum polis yang membunuh George Floyd ini (bersama 3 lagi rakan sekerjanya) telah dikenakan tindakan undang-undang. Mereka telah pun dipenjarakan.

Mungkin rakyat African-American dan seluruh rakyat berkulit gelap secara amnya merasa tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas pesalah itu ringan, tidak membawa apa-apa makna atau kesan yang besar kepada masyarakat mereka, maka mereka memilih untuk berdemonstrasi. Mereka menyangka, mungkin dengan berdemonstrasi ini dapat mengetengahkan isu ini secara global, untuk mendapat sokongan di peringkat antarabangsa atau seterusnya mengimpikan isu ini diselesaikan.

Malangnya, sebaliknya yang berlaku. Apa yang saya lihat, masih ramai yang tidak peduli dan lebih parah, jenayah lain pula yang berlaku. Di beberapa tempat di Amerika, rakyat mereka sempat mengambil kesempatan dicelah-celah demonstrasi yang dijalankan.

Mereka ini dipanggil “Looters”. Di dalam kekecohan demonstrasi, “looters” ini akan memecah masuk kedai-kedai, mall atau butik dan merompak. Kes ini bukan satu atau dua ya. Hampir di semua tempat demonstrasi di Amerika berlakunya kes “looters” ini.

Sengaja saya menulis tentang isu ini kerana satu (1) sekadar ingin menyampaikan berita semasa yang sedang terjadi yang patut kita ambil tahu dan kedua (2) saya mahu kaitkan isu ini dengan apa yang saya sedang belajar sekarang.

Saya sedang membaca tentang kecerdasan moral (Moral Intelligence) manusia bagi menyiapkan tugasan “research”. Khususnya, saya membaca teori Kecerdasan Moral tulisan Lennick dan Kiel (2005).

Tahu kenapa manusia boleh bertindak berlawanan dengan prinsip moral manusia (Universal Moral Principles)? Seperti dalam kes keganasan dan kes Looters di Amerika ini. Ia berpunca daripada satu penyakit yang dikenali sebagai Virus Moral.

Virus moral adalah kepercayaan negatif yang tersembunyi dalam diri manusia yang bertentangan dengan prinsip moral manusia. Virus moral ini akan “menjajah” kompas moral kita dan kesannya adalah manusia itu akan mengalami “breakdown”. Kepercayaan negatif ini boleh mula tertanam dalam diri seseorang manusia apabila dia pernah mengalami (experience) satu situasi stress. Situasi yang menekan. Ataupun boleh jadi situasi tidak menekan tetapi dia telah didoktrin untuk mempercayai kepercayaan negatif itu tanpa dia sedari.

Contoh virus moral adalah seperti;
1. Aku bukan siapa-siapa, aku tak berharga.
2. Aku lebih hebat daripada orang lain.
3. Kaum aku lebih hebat, lebih berjaya dan lebih bijak daripada kaum lain.
4. Jika perkara itu menyeronokkan, maka aku akan terima/lakukan.
5. Kemahuan aku lebih penting daripada kemahuan orang lain.

 

Bagi kes ini, kepercayaan bahawa orang berkulit putih lebih hebat (superior) daripada bangsa-bangsa lain itu telah lama ditanamkan dalam diri manusia. Poin no. 2,3,4 dan 5 di atas adalah virus moral yang telah menjajah prinsip moral mereka yang sedang melakukan keganasan, mencuri dan merompak.

Virus moral ini terlalu merbahaya sehinggakan ia dapat menjejaskan proses membuat keputusan (decision-making process) dalam manusia. Maka sebab itulah, kita dapat lihat, ramai yang memilih untuk bertindak bertentangan dengan moral tanpa rasa bersalah. Kerana, virus moral.

 

Yang membuatkan keadaan lebih parah adalah apabila tidak adanya kepercayaan kepada tuhan atau lebih spesifik tidak adanya ajaran agama. Agama telah pun menyediakan garis panduan moral bagi manusia. Agama telah pun membentangkan nilai-nilai dan kepercayaan murni untuk diterima akal manusia.

Tetapi, sayangnya, manusia terlalu sibuk melaungkan dan mempertahankan “Hak asasi manusia”, kebebasan itu dan ini, kemajuan teknologi lebih diutamakan berbanding pemeliharaan nilai-nilai manusiawi. Ini memberi ruang kepada virus moral untuk menyelinap masuk ke dalam diri. Begitulah.

Saya sangat bersyukur dilahirkan di Malaysia. Malaysia yang walaupun politiknya masih berantakkan, tetapi manusia masih ambil peduli dengan ajaran agama dan nilai-nilai moral. Berbeza agama tidak menjadi masalah kerana yang penting di sini adalah semua agama di Malaysia mementingkan nilai-nilai moral yang selari dengan prinsip moral manusia (Universal Moral Principles). Tak ada agama yang menyuruh kita bertindak berlawanan moral.

Sama-sama kita mempertahankan nilai-nilai moral ini. Teringat pula dekat seorang wanita yang sentiasa bising mempertahankan hak asamanusia di Malaysia. *batuk* Jelas apa yang dia pertahankan itu bertentangan dengan moral. Tolong sesiapa ajarkan dia pendidikan moral. Kalau kita tak mahu negara kita menjadi seperti Amerika, jagalah nilai-nilai moral yang diajarkan kepada kita terutamanya oleh agama.

Sekian. Maaf sekiranya ada tersalah maklumat atau perkongsian ilmu.

 

Muneera Lukman Hakim
Pelajar Psikologi Pendidikan, USM

Sumber rujukan:
Buku Moral Intelligence: Enhancing Business Performance and Leadership Success (2005)

Leave a Reply