Haikal & Salahuddin – Rohingya Perlukan Kita Semua

Rohingya Perlukan Kita Semua

 

Sejak dua menjak ini, isu panas tentang etnik Rohingya. Baru-baru ini juga, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menyekat bot pelarian Rohingya daripada masuk ke perairan Malaysia. Hal ini kerana, pandemik COVID-19 yang sedang menular di seluruh dunia. Ini akan meningkatkan risiko jangkitan virus tersebut kepada warganegara. Walaupun begitu, TLDM tetap memberi bekalan makanan kepada pelarian-pelarian tersebut.

 

Jadi, mari kita kupas. Apa sebenarnya yang berlaku kepada etnik Rohingya?

Etnik Rohingya merupakan etnik yang berasal dari negeri Rakhine, Myanmar. Kerajaan Myanmar mahu untuk menghapuskan atau halau etnik Rohingya. Untuk menjayakan agenda tersebut, kerajaan Myanmar menekan etnik ini dengan pelbagai cara, termasuklah membunuh, merogol, serta membakar rumah dan tanaman. Sehingga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mendefinisikan tindakan Myanmar ini sebagai “textbook example of ethnic cleansing”. 

Selain itu, Rohingya juga terperangkap dalam rejim apartheid yang dilakukan oleh Myanmar. Pada Januari 2020, International Court of Justice (ICJ) iaitu mahkamah antarabangsa yang tertinggi, mengarahkan Myanmar untuk mengambil semua langkah dalam kapasitinya untuk mencegah pelanggaran tindakan genosid terhadap Rohingya, memastikan bahawa tentera dan entiti sekutunya tidak melakukan tindakan genosid terhadap Rohingya; memastikan bahawa semua bukti yang berkaitan dengan tuduhan kes ini disimpan; dan akhirnya, kemukakan laporan pematuhan dalam masa empat bulan dan, selepas itu, setiap enam bulan sehingga keputusan akhir disampaikan. 

 

Kenapa Myanmar benci sangat Rohingya?

Sejak zaman perang dunia kedua, Rohingya menyebelahi penjajah British yang mentadbir negara tersebut manakala majoriti Buddhist/masyarakat Burma menyebelahi penjajah Jepun dengan harapan Jepun akan menamatkan pentadbiran British selepas perang. Burma berjaya merdeka dan mentadbir dengan mengamalkan demokrasi. Pada 1962, Kerajaan Burma dijatuhkan oleh tentera dan pentadbirannya berubah kepada junta tentera Myanmar. Bermulalah, mereka menjadikan Rohingya sebagai musuh.

Pada tahun 1982, Myanmar keluarkan Citizenship Act, dalam perundangan itu Myanmar mengiktiraf 135 etnik, tetapi Rohingya yang mempunyai populasi sebanyak 1 juta ketika itu, tidak diiktiraf sebagai warganegara. Sebab itu mereka dipaksa keluar dari Myanmar. Kalau tidak, mereka akan ditindas, bunuh dan hidup sebagai pendatang asing tanpa izin di tanah air sendiri.

 

Malaysia sepatutnya terus terima bersyarat pelarian-pelarian ini. Walaupun dalam keadaan pandemik yang sedang melanda, kerana :

  1. Situasi hidup atau mati. Memang Malaysia memberi bantuan makanan tetapi pelarian-pelarian terperangkap di laut. Cuba bayang kita sebagai pelarian tersebut,  kita dengan penuh harapan datang dari jauh ke Malaysia tapi dihalang, dilarang masuk. Sedangkan kita tahu Malaysia memang menerima pelarian sebelum ini. Akhirnya, pelarian Rohingya ini terperangkap di lautan.
  2. Kalau Malaysia terima, memang kita merisaukan risiko meningkat virus COVID-19, tetapi kita boleh kuarantinkan pelarian ini terus. Pisahkan mereka dengan rakyat, amalkan penjarakan sosial dan sebagainya. 
  3. Mungkin ada kata pelarian-pelarian ini buat banyak masalah. Siapa sahaja yang tidak pernah  buat masalah. Yang buat itu pun mungkin segelintir. 5% daripada keseluruhan pelarian. Tidak mungkin kita hendak salahkan mereka kesemuanya.

 

Kendatipun begitu, Malaysia tidak meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 dan tidak mengiktiraf pelarian. Oleh yang demikian, kesemua pelarian yang ada di Malaysia walaupun yang ada kad UNHCR (United Nations High Commissioner for Refugees) dianggap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Disebabkan itu juga, segelintir pelarian ini dilayan dengan teruk kerana statusnya pendatang haram. Tambahan pula, terdapat bantahan daripada rakyat Malaysia yang risau akan berlakunya kebanjiran pelarian di negara kita.

Maka, dalam situasi genting pelarian Rohingya yang tidak diiktiraf di Malaysia dan terpaksa hidup susah, apakah solusi untuk kita menangani krisis pelarian Rohingnya ini?

Solusinya aalah dengan mengiktiraf pelarian Rohingya. Mengapa? Tahukah anda, UNHCR telah mewujudkan kad UNHCR khas untuk pelarian Rohingya supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa di sesebuah negara lain, maknanya mereka mempunyai hak pendidikan, hak pekerjaan dan hak kesihatan. Namun kad ini hanya akan berfungsi andai sesebuah negara tersebut mengiktiraf mereka sebagai pelarian;

Oleh yang demikian, apabila Malaysia mengiktiraf pelarian Rohingya, maka mereka dapat untuk mendapatkan pendidikan, kesihatan dan pekerjaan.

Meskipun pendidikan dan kesihatan di Malaysia tidaklah percuma bagi pendatang asing, dengan pekerjaanlah akan membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan dan kepompong kesusahan serta menyumbang kembali kepada ekonomi negara

Malaysia bukanlah negara yang besar dan masih tidak boleh menerima terlalu ramai pelarian. Hal ini kerana keterhadan sumber makanan dan tempat perlindungan yang akhirnya kita tidak mampu menampung pelarian yang terlalu ramai. Kita seharusnya mengambil iktibar daripada Bangladesh yang menurut Sheikh Hasina, Perdana Menteri Bangladesh, di Bangladesh hampir seramai 1.1 juta pelarian yang berada di kem pelarian Bangladesh dan menyebabkan masalah “overcrowded”.

 

Apa kesan daripada “overcrowded” ini?

Antara masalah yang akan timbul akibat daripada perkara ini ialah masalah pengurusan kem pelarian seperti kekurangan makanan, tempat perlindungan yang bermasalah dan terhad serta masalah penyakit berjangkit. Apatah lagi Malaysia bukanlah negara yang besar.

 

Bagaimanakah cara untuk kita elak?

Satu-satunya cara untuk elak perkara ini ialah dengan mewujudkan kerjasama antarabangsa. Negara-negara dunia perlulah bersetuju untuk menerima pelarian ini secara sukarelarela dan ASEAN, PBB dan OIC (Organization of Islamic Cooperation)  juga perlulah memainkan peranan dalam memberi dana kepada negara-negara yang menerima pelarian ini untuk membangunkan serta menambahbaik kem pelarian tersebut. Namun begitu, masalah ini perlu untuk diselesaikan dari punca. Maknanya, negara dunia perlulah mendesak Myanmar supaya menghentikan kekejaman terhadap etnik Rohingya.

Oleh yang demikian, kerjasama antara negara amat diperlukan. Sebagai rakyat biasa dan seorang muslim, sekurang kurangnya kita boleh keluarkan sedikit wang untuk membantu NGO-NGO yang membantu pelarian Rohingya di Malaysia jika kita mampu. Jika tidak, sekurang-kurangnya janganlah lupakan mereka dalam doa-doa kita, dan sebarkan kesedaran untuk membantu Rohingya ini agar berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

 

Ditulis oleh:

Muhammad Haykal bin Zainal Rashid,

Salahuddin Yusuf Al-Ayyubi bin Iskandar Zulkarnain,

Majlis Orator Al-Amin (MORAL),

Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak

 

PENAFIAN: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak.

 

Rujukan:

 

https://odihpn.org/magazine/statelessness-identity-rohingya-refugee-crisis/

 

https://www.icj-cij.org/files/case-related/178/178-20200129-PRE-01-00-EN.pdf

Application of the Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide (The Gambia v. Myanmar) 

 

https://thediplomat.com/2020/02/what-does-the-icj-preliminary-ruling-really-mean-for-the-rohingya/

 

https://www.icj-cij.org/en/case/178

 

https://www.amnesty.org/en/latest/news/2017/11/myanmar-rohingya-trapped-in-dehumanising-apartheid-regime/

 

https://www.washingtonpost.com/news/worldviews/wp/2015/02/13/why-does-this-buddhist-majority-nation-hate-these-muslims-so-much/

 

https://www.youtube.com/watch?v=04axDDRVy_o&t=181s

 

Leave a Reply