Write up Harmoni Mission 4.0: Misi Kemanusiaan ke Filipina

 

“Gabungan Harmoni Mission 4.0 bersama Asean Young Leadership Forum (AYLF) Philippines di medan aktivisme”

Misi kemanusiaan di Filipina bermula 29 Januari sehingga 5 Februari 2020 telah berjaya dijalankan dengan usahasama Harmoni Mission 4.0 serta Asean Young Leadership Forum (AYLF) Philippines yang memfokuskan bantuan di Manila, Filipina.

 

Ketibaan ahli misi Harmoni Mission 4.0 yang disambut baik oleh AYLF Philippines pada 29 Januari 2020

 

Harmoni Mission 4.0 adalah satu inisiatif Persatuan Belia Harmoni Malaysia untuk melonjak peranan mahasiswa ke peringkat global dimana mereka terdiri daripada 10 orang pelajar daripada pelbagai institusi IPTA Malaysia.

Misi ini yang telah diketuai oleh Saudari Norfazliana Abdullah yang masih menuntut di peringkat Doktor Falsafah Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi Malaysia, beliau berkata,

“Usahasama ini menunjukkan hubungan diplomatik dua negara yang baik antara NGO aktivisme belia dalam membantu masyarakat Manila”

Manakala, Presiden AYLF iaitu Abulkhair A. Racman berkata,

“Hubungan antara Malaysia dan Filipina menunjukkan keprihatinan warga ASEAN atas kekurangan di Filipina terutamanya dari segi pendidikan generasi muda”

 

Kunjung hormat ahli misi Harmoni Mission 4.0 dan AYLF di pejabat Kedutaan Malaysia, Manila

 

Keseluruhan perbelanjaan misi ini adalah atas usaha tajaan badan kerajaan dan bukan kerajaan serta sumbangan rakyat Malaysia. Misi ini adalah satu platform yang terbaik buat semua ahli misi untuk mengurus tadbir pengurusan organisasi serta sumbangan yang telah diterima dengan penuh ketelusan.

Bantuan pendidikan menjadi fokus utama dimana sumbangan kerusi meja serta satu set komputer bersama mesin cetak bersama 100 set pendidikan dan set kelengkapan Muslim telah diberikan kepada Maahad Metro Manila, Maahad Manila dan Maahad Darul Ferdauz. Kekurangan fasiliti pembelajaran membantutkan perkembangan pendidikan anak-anak disini yang ingin belajar.

 

Sumbangan meja belajar kepada Maahad Darul Ferdauz

Gambar kenangan bersama adik-adik Maahad Manilla

Gambar kenangan bersama adik-adik Maahad Metro Manilla bersama set pendidikan yang diberikan

Aktiviti mural oleh ahli misi Harmoni Mission 4.0 serta AYLF di Maahad Metro Manila

 

Kepentingan asas kebersihan serta pemeriksaan kesihatan bersama pasukan medikal yang diketuai oleh Dr. Naheeds Asiya daripada Klinik Naheeda Dimasicil-Mustofa serta dibantu oleh 6 orang pelajar perubatan daripada Fatimah University, Venuzeala Filipina telah dijalankan di Sekolah Rendah Benigno S.  Aquino, Baseco, Tondo Metro Manila.

 

Asas kebersihan yang telah dijalankan di Sekolah Rendah Benigno S. Aquino

Dr. Naheeds dan Presiden GPTA Madam Samra Minanga sekitar pemeriksaan kesihatan

 

Aktiviti aqiqah juga telah dijalankan di Masjid Islamic Center, Manila dan makanan telah diagihkan kepada penduduk setempat serta kepada pelajar Maahad Manila kerana berdekatan dengan Masjid Islamic Center. Kemeriahan dapat dirasakan apabila rezeki yang diperolehi dapat dikongsi bersama. Selain itu, kami juga telah menjalankan demostrasi penapis air untuk diberikan kepada 20 warga tempatan yang terpilih bagi mengatasi masalah kekurangan air bersih yang mereka alami disini.

 

Agihan makanan hasil aqiqah kepada penduduk sekitar Masjid Islamic Center

Demostrasi penapis air yang akan diberikan kepada 20 orang penduduk tempatan

 

Misi ini memberi peluang kepada kami untuk menghulurkan bantuan pek makanan asas kepada 50 buah keluarga yang terkesan daripada letusan gunung merapi Taal. Kepergian kami ke Lemery, Batangas atas nasihat Kedutaan Malaysia semasa kunjungan hormat kami pada hari kedua misi yang memaklumkan bahawa kadar debu telah berada ditahap rendah dan ramai keluarga-keluarga yang telah kembali ke rumah masing-masing.

 

Ahli misi Harmoni Mission 4.0 di Lemery, Batangas iaitu kawasan tercemar oleh letusan gunung merapi Taal

Terima kasih.

 

Coretan Ahli Misi

Norfazliana Abdullah

Leave a Reply