Sempena Hari Puisi

Hadir dan pergi

Suatu waktu akan hadir
Waktu yang memisahkan
Yang dulu berada sentiasa disisi
Namun kini dipisahkan oleh jarak, waktu dan bumi

Kau yang hadir mengingatkan
Kau yang disisi sentiasa memberi kekuatan
Kau yang setia saat yang lain melangkah
Kau yang ku gelar sahabat

Tapi, sampai bilakah kau disini
Menemani dan memahami
Kerana tanpa sedar semua ikatan itu diuji

Andai bukan oleh masa, pasti jarak memisahkan
Andai bukan itu mungkin kepercayaan diuji
Adakah ianya senipis kulit bawang
Atau seteguh pohon yang berdiri

Tidak banyak kupinta
Hanya berharap semua yang ada
Akan tetap setia seperti sedia kala

Namun andai kau pilih pergi meninggalkan 
Hanya mampu aku doakan dari kejauhan 
Yang terbaik buatmu nanti.. 
Agar senyuman dibibir sentiasa menghiasi
Raut wajah yang pasti akan dirindui


Nik Nur Dini
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia

Leave a Reply