Fadhil Che Morad – Dimanakah Nilai Perpaduan Kita?

Nilai integrasi dalam setiap diri individu perlu diperkasakan demi keharmonian sejagat. Sudah hampir 62 tahun kita mencapai kemerdekaan. Hidup di negara yang bertuah Malaysia dengan masyarakat yang saling bertoleransi. Kaya dengan pelbagai adat budaya etnik yang pelbagai. Seharusnya toleransi itu perlu dititik beratkan dan hormat menghormati.

Jangan diantara kita menindas dan mempertikaikan hak keistimewaan yang termaktub di dalam perlembagaan. Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia. Tetapi agama lain boleh diamalkan dan juga bahasa lain turut bebas untuk digunakan.

Politik seharusnya bermatlamatkan kearah kebajikan rakyat, perpaduan dan pemerkasaan ekonomi negara. Akan tetapi politik yang diamalkan serta pengikut yang fanatik sering kali bermain dengan isu agama dan perkauman di alam maya dan media cetak. Tidakah ini akan mengundang kebencian dan boleh mencetuskan kehancuran sesebuah negara.

Sedarkah kalian negara yang sedang bergolak dengan peperangan adalah kerana kuasa dan sengketa oleh puak-puak atau kaum yang berbeza. Negara malaysia suatu ketika dahulu diangkat menjadi negara contoh negara majmuk yang harmoni. Hidup berpuluh tahun dengan aman. Mengapa perlu dihancurkan kerana pegangan politik yang berbeza. Peranan politik seharusnya menjadi tali penghubung sesama insan bukan pemutus silaturahim sesama insan.

Kepada ahli akademik, mahasiswa dan golongan intelektual saya merayu agar menjadi agen penyatuan ummah sesama kita. Gunakanla sebaik mungkin ilmu yang dipelajari sebagai penyampai risalah Perpaduan. Jangan diantara kita menjadi batu api, gunting dalam lipatan dan mementingkan diri apabila kita di himpit dengan keadaan sebegini.

Turun padang dan lihat sekitar kita adakah kita perlu bersifat perkauman? Kita berbeza kaum, warna dan keturunan tetapi kita semua adalaha rakyat malaysia. Saya berbangga berkawan dengan melayu, cina, india, etnik sabah dan sarawak. Mereka adalah teman dan rakan saya yang saya sayangi. Multiculture is awesome.

 

Fadhil Che Morad

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya

Leave a Reply