Assalamualaikum.

Saya dengan rendah diri memohon supaya cadangan ini dipertimbangkan dan dilaksanakan oleh pihak MHS Universiti Malaya supaya kemaslahatan kami terjamin.

Saya merupakan pelajar yang bakal menyambung pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Malaya dan bakal mendaftar pada 1 September ini, kedengaran sebelum2 ini daripada senior mahupun daripada pelajar UM sendiri yang mengatakan bahawa MHS merupakan minggu menari.

Tak dapat dinafikan, sekiranya kita melihat video di instagram @mhs_universitimalaya, banyak aktiviti  menarik yang dianjurkan dan paling terkenal sekali ialah cheers antara kolej dan tarian mengikut lagu tema MHS.

Saya setuju cheers mahupun lagu2 tema diadakan untuk menaikkan semangat mahasiswa yang baru mendaftar oleh itu saya ingin mencadangkan supaya aktiviti perlulah diadakan secara berasingan lelaki dan perempuan, tiada percampuran berlaku,kalaupun diadakan di dewan yang sama, biarlah ada pengasingan tempat duduk antara lelaki dan perempuan untuk menjaga batas pergaulan, malah untuk setiap aktiviti dan taklimat, biarlah ada tempat duduk pengasingan antara lelaki dan perempuan bukan sahaja untuk aktiviti cheers dan gerakan tarian lagu tema sahaja.

Selain itu, tentatif  harian sepanjang MHS biarlah bertepatan dengan waktu solat, saya maksudkan di sini, cadangan untuk susun jadual supaya kami dapat solat di awal waktu sekalipun dalam aktiviti2 yang melibatkan untuk berlatih cheers.

Saya juga mohon supaya para PM menunjukkan contoh yang baik kepada kami yang baru mendaftar seperti menjaga adab pergaulan sesama lelaki dan perempuan supaya kami dapat mencontohi anda

Sekian sahaja cadangan dan pendapat supaya MHS ini dapat berjalan mengikut syariat Islam.

 

Afiqah Razlee – Bakal Mahasiswa Universiti Malaya

Leave a Reply