Menurut Surah Ar-Rum ; 41
“Berlaku kemusnahan di darat dan di laut , dengan sebab apa yang dilakukan tangan-tangan manusia, kerana Allah SWT mahu mereka rasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan. Agar mereka kembali (insaf).”

 

REFLEKSI DIRI

Sangat banyak ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan, dan memberi amaran tentang pemeliharaan alam sekitar.
Jadi ini bermaksud, golongan cerdik pandai agama (alim) dan golongan yang sangat memahami agama (faqih) patutnya sangat faham kaitan agama dan alam. Selain hubungan dengan Allah dan manusia, hubungan dengan alam ialah pelengkap ibadah yang sering diabaikan. Dengan ramainya PU, Daei, dan para asatizah, ikut logik, hutan kita paling selamat di bawah jagaan institusi Islam, bukan sebaliknya.

Ketika ini agak kurang golongan agamawan yg prihatin terhadap kesejahteraan alam sekitar walaupun terdapat surah al quran dan dalil yg menyentuh tentang alam sekitar sebagai contoh Surah al Rum ayat 41. Malah apa yg mendukacitakan entiti dan agensi yg berasaskan Islam pun juga memusnahkan alam.

 

MENELUSURI KES

Sebagai contoh Rizab Hidupan Liar Chior di Sg Siput, Perak dimansuhkan dan Pihak Berkuasa Negeri memberi milik kpd Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah utk dibangunkan penanaman kelapa sawit.

Begitu juga sebahagian HS Gunung Besout di Sungkai, Perak dimansuhkan dan Pihak Berkuasa Negeri memberi milik kpd Majlis Agama Islam Perak (MAIP) utk dibangunkan penanaman kelapa sawit.

Terbaru Pihak Berkuasa Negeri Kedah telah meluluskan cadangan kuari di Gunung Pulai, Baling, Kedah kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Kedah.

Kita cuba menggesa Pihak Berkuasa Negeri mengambil balik tanah yg telah diberi milik kpd MAIP di Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1 di pantai Pasir Panjang, Segari, Perak supaya tidak dibangunkan dgn apa shj projek yg bercanggah dgn kategorinya sbgai KSAS Tahap 1.

Adakah ajaran Islam itu sangat tandus, sampai tahap kurangnya usaha dakwah yang berkesan untuk menemukan hamba dan Tuhannya melalui alam?

#mahasiswapowerbank #tolaktambak #reformasibukanreklamasi #kuasaperak

 

HAYATI BAIT BAIT NUKILAN INI

Sungguh.
Malaysia masih aman,
Otak kita dibasuh,
Agar ralit dari isu kerosakan.

Keamanan,
Manusia dan musuhmu ,
Bukan hanya itu ancaman.
Alam juga mampu memusnahkan.
Atas apa kau lakukan,
Mereka tak memaafkan.

Walau pahit untuk ditelan,
Sudah susah mencari makan,
Tak kurang juga,
Hilang sumber minuman.
Udara segar untuk pernafasan,
Bercampur dengan bau buangan.
Tempat melabuh badan,
Bila-bila masa saja,
Akan bumi telan.

Saat itu,
Tiada guna kereta kebal.
Apa yang kau adu,
Disorok bawah bantal.
Sambil lena beradu,
Menutup nilai moral.
Kerana apa yang kau tahu,
Semua yang hidup itu immortal.

Dunia tidak terhad ,
Untuk kau dan aku ,teman.
Cubalah kau lihat,
Ada juga pokok dan haiwan.
Dan yang tak kau lihat,
Kerana batas penglihatan.

Segala daya dan ijtihad,
Harus kita curahkan.
Tipu daya dan muslihat,
Ayuh kita bongkarkan.
Serulah semua sahabat,
Mungkin mereka tak berpengetahuan,
Apa yang mereka masih lihat,
Malaysia Masih Aman

Nizam Rahman

Mahasiswa Tahun 1 di Universiti Malaya. Alumni Sekolah Merdeka. Alumni LASAK. 

Leave a Reply