Akta Anti Berita Palsu telah melalui Bacaan Pertama dalam Parlimen tiga hari yang lepas(26 Mac), dan ia dirancang untuk diluluskan dalam 3 bacaan.Tindakan kerajaan Barisan Nasional ini telah mengakibatkan bantahan daripada pelbagai pihak, termasuklah pemimpin pembangkang, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia, Peguam, NGOs dan lain-lain lagi.

UMANY di sini secara kerasnya membantah rancangan Kerajaan BN dalam meluluskan Akta ini dalam Parlimen, dan kami berpendapat tindakan mereka adalah untuk meluluskan Akta yang mengancam kebebasan bersuara dengan secepat yang mungkin sebelum pembubaran Parlimen. Hal ini telah menunjukkan cita-cita BN untuk memanipulasi undang-undang dan mengehad perbincangan awam. Atas dasar teori politik, akta yang akan membawa pengaruh yang mendalam ini,sepatutnya mempunyai pertimbangan yang mendalam dan telah melalui perbincangan awam secara telus, bukannya boleh diluluskan secara tergesa-gesa dalam 3 bacaan parlimen.

Jikalau ingin membanteras “berita palsu”, ia perlulah dimulakan dengan pendidikan media sivil, bukannya menggunakan undang-undang. Kerajaan BN perlu ingat bahawa walaupun media yang diselia merupakan aktor utama yang menyebarkan berita palsu dan menghalang suara bantahan,tetapi tidak pernah lagi menghadap tindakan undang-undang. Hal ini jelas menunjukkan tindakan kerajaan BN untuk membanteras berita palsu adalah amat tidak menyakinkan.

Industri media yang akan menjadi mangsa utama menolak akta ini.Kasatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia berpendapat bahawa akta tersebut telah memberi pihak yang tertentu kuasa mutlak untuk memadamkan artikel, dan kuasa ini amat senang disalahgunakan untuk menghakis kebebasan bersuara.

Kita telah lama tahu sikap “Double-Standard” Kerajaan BN dalam menguatkusakan undang-undang. Mereka akan membiarkan “berita palsu”yang boleh melemahkan musuh politik dan mengambil tindakan terhadap ‘berita palsu’yang boleh mengancam kedudukan mereka. Contoh yang paling ketara adalah berita 1MDB yang dilabel oleh kerajaan BN sebagai berita palsu walaupun kes ini telah dilaporkan di merata dunia.

Selain itu, definisi ‘berita palsu’yang samar dan luas telah membangkitkan perhatian yang serius.Walaupun adalah berbeza antara erti perkataan ‘palsu’dan ‘salah’, tetapi sebab kuasa yang diberi oleh Akta tersebut, pihak berkuasa boleh mentafsirkan ‘informasi yang salah/sebahagian salah’ kepada ‘berita palsu’yang bermotif buruk. Hal ini merupakan ancaman yang serius kepada kebebasan bersuara, mencetak dan privasi individu.

Seterusnya, denda yang tertinggi dalam Akta tersebut adalah sehingga RM500000 dan/atau penjara 10 tahun. Dendaan ini adalah terlampau tinggi dan tidak selaras dengan prinsip kesetaraan jenayah dan hukuman. Lebih-lebih lagi, Akta tersebut mempunyai klausa ‘extra-territorial’yang membolehkan penguatkuasaan undang-undang berkesan kepada luar negara.

Jika kita lagi sekali memberi kuasa yang lebih kepada Kerajaan BN, membiarkan mereka menentukan mana berita benar dan mana yang palsu, hal ini setentunya akan mengancam ‘Hak untuk Mengetahui’ rakyat. Kuasa yang diberi kepada kerajaan BN akan melahirkan Hitler yang kedua di tanah Malaysia.

Oleh sebab itu, UMANY disini menyeru semua Ahli Parlimen untuk membantah Akta yang mengelirukan ini supaya Hak Bersuara dan Hak untuk Mengetahui rakyat dapat dipelihara. Semua rakyat Malaysia perlu mempertahankan kebebesan kita untuk mengetahui dan menyebarkan kebenaran. UMANY menggalakkan rakyat untuk menyertai segala gerakan rakyat yang membantah Akta ini. Kumpulkan suara bantahan kita, mempertahankan kebebasan kita!

 

 

Leave a Reply