Bertemakan ‘Kecemerlangan Global’, majlis anugerah yang mengiktiraf pencapaian mahasiswa dalam program dan aktiviti berimpak tinggi dalam bidang pendidikan.

Malah, anugerah itu merupakan galakan kepada para mahasiswa dari aspek kepimpinan yang holistik serta kompeten selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan (Pengajian Tinggi) 2015-2025.

Majlis anugerah itu dirasmikan Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim dan disaksikan Naib Canselor universiti itu, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah.

Pada masa sama, majlis itu turut menyaksikan penyerahan akses akhbar digital E-paper, Utusan Malaysia, secara percuma untuk dimanfaatkan oleh mahasiswa UiTM. – UTUSAN ONLINE