Elbis Memerlukan Bantuan Segera

Kelas kedua SAG hari ini berjalan dengan lancar termasuklah pengagihan pakaian yang didermakan oleh pihak-pihak yang bermurah hati. Terima kasih kepada yang memberi sumbangan.

Namun demikian, kami dikejutkan dengan berita salah seorang bekas pelajar kami telah dijangkiti kuman dan memerlukan bantuan perubatan segera.
Elbis telah mengalami masalah ini hampir sebulan yang lalu dan dikhuatiri penyakit ini adalah nectrotizing fasciitis – iaitu sejenis jangkitan yang memakan daging dan jika tidak dirawat, bahagian lengan tersebut mungkin akan dipotong.

Oleh kerana masalah dokumen, beliau tidak mampu untuk mendapatkan rawatan segera disebabkan kos deposit hospital yang memerlukan sehingga RM500 bagi merawat bukan Malaysia. RM500 merupakan jumlah yang sangat besar buat mereka kerana kesusahan yang dihadapi dan identiti mereka yang tidak berwarganegara.

Dengan itu, kami di SAG dengan rendah hati ingin memohon sumbangan wang ringgit bagi membantu Elbis mendapatkan rawatan segera. Anda boleh menyalurkan derma ke akaun Saudari Huda Fakhira Bolhi di akaun CIMB 7059415118 dengan rujukan “Derma untuk Elbis” sebagai tanda solidariti anda membantu golongan yang tidak mampu mendapat akses kesihatan ini.

Terima kasih.

Leave a Reply