Oleh; Syahirah Selamat

Pertama kali menginjak ke Universiti Malaya menimbulkan satu keterujaan yang sangat besar. Mana tidaknya, selepas berhempas pulas menghabiskan segulung diploma di Universiti Pendidikan Sultan Idris, kali ini dapat pula peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah di sebuah gedung ilmu nombor satu di Malaysia.

Ketika mendapat tawaran ke sini, perkara paling pertama yang saya fikirkan adalah mengenai kolej kediaman. Ya, kolej kediaman merupakan tempat dimana kita akan menemui kawan baharu, membina bakat, bersorak sehingga pecah suara atau mungkin menari ala-ala itik pulang petang. Siapa sahaja yang tidak teringat dan teruja bila suaranya pecah?

Gambar_Dewan_Tunku_Canselor,_Universiti_Malaya

Bila semuanya berada dihujung jari, ianya semudah menghafal 25 abjad askara huruf. Pelbagai cerita mengenai kehebatan kolej kediaman Universiti Malaya diperkatakan oleh para senior, lebih-lebih lagi apabila melibatkan teamworknya. Setiap kolej akan bertanding-tanding untuk memenangi tempat bagi merangkul anugerah kolej kediaman yang paling berprestij sekali.

Hari pertama sehingga tujuh hari sebagai mahasiswa baharu, semuanya bahagia. If you know what I mean? Yes, minggu haluansiswa pelajar!

Bagi saya sendiri, pengurusan yang dijalankan oleh Pemudahcara Mahasiswa Kolej (Fasilitator program) sangat memuaskan. Layanan pun hebat, walaupun dalam keadaan penat lelah, masih diberikan arahan untuk menari sehingga lewat malam.  Secara jujurnya, saya tidak berapa setuju dengan adat orientasi yang mengkehendaki mahasiswa untuk menari-nari, sambil berteriak hilang suara, kerana saya berpegang teguh pada satu ayat berbunyi.

“Mahasiswa buatlah seperti mahasiswa.”

Yalah, untuk memulakan hari pertama kuliah nanti, kita mahukan tubuh badan yang sihat dan cergas tetapi bila badan tidak cukup rehat, di nisbah terakhir kita akan mengambil jalan untuk duduk berehat dibilik kerana sudah kehabisan tenaga.

Tapi, apakan daya sebagai mahasiswa baharu, masuk ke kandang harimau kenalah mengaum, masuk ke kandang kambing kenalah mengembek. Lakukan sahaja, lagipun kata Pemudah Cara Mahasiswa, its all about teamwork!

 

Cuti pertengahan semester di kolej kediaman UM

Setelah beberapa minggu menghadapi rintangan dan menuntut ilmu di Universiti Malaya sebagai seorang freshie, semua perkara berlangsung dengan sempurna. Makan pun cukup.

Tempat tidur pun selesa.

Tandas pun berfungsi dengan bagus.

Bila suis tidak berfungsi, cepat sahaja ahli maintenance datang perbaiki.

Keadaan ini mengingatkan saya tentang kehidupan di Kolej Kediaman, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kolej kediaman yang sangat menjaga kebajikan pelajarnya.

Boleh dikatakan, kemudahan fasiliti di kolej kediaman adalah cukup lengkap sama sahaja ketika di UPSI dahulu.

Namun, perkara yang paling mengejutkan saya adalah pembayaran untuk tinggal di kolej kediaman akan dikenakan RM6.50 sehari jika ingin menetap semasa cuti pertengahan semester. Sebagai seorang anak kelahiran negeri dibawah bayu, perkara ini adalah amat membebankan sekali.

KK4

Saya mula terfikir, apakah relevannya untuk mengenakan bayaran sedangkan cuti pertengahan tahun tergolong dalam satu semester, yang sudah semestinya sudah dibayar dengan kos yuran kolej kediaman sebelum ini.

Adakah bil api dan air di Kuala Lumpur ini berbeza kos bayaran yang dikenakan oleh syarikat elektrik/air berbanding di Tanjung Malim? Mengapa sewaktu saya menetap dikolej kediaman UPSI, tiada sebarang bayaran yang dikenakan oleh pelajar jika hendak menetap sepanjang cuti pertengahan semester?

Saya ada juga bertanya tentang perkara ini pada senior, jawapan yang diberikan adalah amat taboo. Katanya;

“Kerana kita tinggal di Kuala Lumpur. Kos hidup di bandar metropolitan memang begini”

Pendapat itu tidak dapat saya terima. Bagi saya, bayaran yang dikenakan oleh pelajar yang ingin menetap di kolej kediaman ketika cuti amatlah tidak relevan. Seolah-oleh kolej kediaman ini bukan tempat untuk menjadi ibu-bapa pelindung bagi mahasiswa yang tinggal disini, malah bertindak untuk mengaut wang mahasiswa pula yang tidak dapat pulang ke kampung halamannya.

Pihak pentadbiran kolej sepatutnya mengambil berat akan keadaan ini, bukan semua mahasiswa dapat pulang ke kampung halaman. Ada yang tidak pulang kerana harga tiket yang mahal, solusinya mereka terpaksa berkorban masa untuk bertemu ahli keluarga. Namun, pada akhirnya mereka dikehendaki pula untuk membayar kos penginapan tinggal disini.

Sering juga saya mendengar suara-suara yang mengatakan, tidaklah mahal kos yang dikenakan berbanding kos hotel-hotel bajet di luar, tetapi sedar-kah kita? Kolej kediaman yang meminta bayaran penginapan itu lebih kurang sama dengan hotel-hotel bajet diluar sana.

Kedua-duanya pun bersifat kapitalis, meminta wang untuk servis, walau hakikatnya dalam keadaan kuantiti yang sedikit cuma.

 

Leave a Reply