Meja Editor Pandangan

UMK – Yuran LI 1380?

1. Aku dikhabarkan akan ada skim bantuan untuk membantu mahasiswa yang sedang LI. Inilah yang dikatakan “solusi terbaik” untuk menghadapi masalah yuran 1380.

2. Bantuan itu pula akan datang dengan jumlah-jumlah tertentu mengikut latar belakang keluarga penerima.

3. Bantuan seperti ini tidak boleh membunuh soalan; mengapa yuran latihan industri terlalu mahal? Ke mana wang itu akan disalurkan? Mengapa membayar sehingga 1380 sedangkan mahasiswa berada di luar kampus?

4. “Bantuan LI” seperti ini juga perlu disusuli dengan kenyataan berapa orang akan menerima, apa syaratnya dan apa prosedurnya. Wajar mahasiswa tahu berapa ramai yang akan dibantu, dan berapa ramai yang tidak akan dibantu.

“Kami dah bantu.” Ini istilah yang sering digunakan walaupun pada hakikatnya masih ramai mahasiswa tercicir daripada bantuan.

5. Pergaduhan MPP-Mahasiswa tidak ada guna pun. Gaduhlah macam mana pun, yuran tetap naik juga.

6. Pada pandangan aku, MPP harus mengakui mereka tidak boleh berbuat apa-apa tentang isu ini. Mereka ada limitasi kuasa dan suara mereka tidak didengar.

7. Kemudian MPP harus bersama-sama mahasiswa menuntut yuran dikurangkan. Jika perlu ke KPT, pergi. Itu saluran yang betul.

8. Bukanlah tugas MPP untuk meminta mahasiswa bersyukur, membawa sentimen “mahasiswa bersatu” atau menjadi benteng kepada pengurusan. MPP harus jadi jurucakap mahasiswa, bukan jurucakap pentadbiran.

9. Nyatakan bantahan jelas, turut serta dalam usaha mendesak penurunan yuran. Sebelum menerima keputusan seperti “skim bantuan”, tanya pandangan majoriti mahasiswa dahulu.

10. Hujah tidak ada dana pasti akan ada. Seperti biasa ada dua kaedah untuk menangani isu ini. Tingkatkan pendapatan, atau kurangkan perbelanjaan. KPT dah kata, tingkatkan pendapatan bukan dengan menaikkan yuran.

11. Untuk permulaan, batalkan urusan jual-beli mini iPad.

Mahasiswa tak perlukan iPad pun, mahasiswa perlukan yuran murah.

12. Ketika LI mahasiswa yang sepatutnya dibayar, bukan membayar.

 

Leave a Reply