Peluang Pekerjaan Dan Latihan Khusus Untuk Graduan & Pencari Kerja ~ Khusus buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan (graduan, kehilangan pekerjaan, etc), anda dipelawa untuk mendaftar akaun di platform yang disenaraikan dibawah dan merebut peluang keemasan ini sebagai langkah permulaan untuk memulakan kerjaya anda.
Program yang ditawarkan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang mencari pekerjaan dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Sila baca dengan teliti maklumat program dan syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan sebelum membuat permohonan.
MAKLUMAT BADAN YANG AKTIF MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN DAN LATIHAN
Berikut adalah badan yang aktif menyediakan peluang pekerjaan dan latihan untuk membantu mereka yang memerlukan pekerjaan:
1. Perkeso
Cara Daftar: [KLIK SINI]
BANTUAN PENGAMBILAN PEKERJA DAN KURSUS LATIHAN DI BAWAH PENJANAKERJAYA
Program Insentif Pengambilan Pekerja, PenjanaKerjaya, di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah dianjurkan bermula 15 Jun 2020 yang lalu. Program ini dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia, PenjanaKerjaya bertujuan merangsang pewujudan pekerjaan dan meningkatkan peluang pekerjaan.
Garis Panduan Permohonan serta Terma dan Syarat boleh diperolehi di laman web PERKESO www.perkeso.gov.my.
PERKESO menggesa individu yang masih menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah untuk mendaftar di portal MyFutureJobs (www.myfuturejobs.gov.my) PERKESO. Pencari kerja yang memerlukan bantuan boleh menghubungi PERKESO atau hadir ke pejabat kami di seluruh negara di mana Kaunselor Kerjaya PERKESO bersedia untuk membantu.
TERKINI: PENJANA KERJAYA 3.0 telah dilaksanakan dan dinaiktaraf bermula pada tahun ini (2021). Semua warganegara Malaysia boleh memohon walaupun bukan pencarum KWSP (graduan, lepasan sekolah, pekerja sektor tidak formal dll semua boleh menerima manfaat program ini)
Baca juga: 180,000 Penempatan Pekerjaan Baharu Oleh Perkeso
2. MDEC
Cara Daftar: [KLIK SINI]
DAPATKAN PENDAPATAN TAMBAHAN SEBAGAI PEKERJA DIGITAL
Ekonomi Digital adalah persaingan yang setara yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat.
Program dan inisiatif MDEC adalah untuk semua rakyat Malaysia dan dirancang untuk membuka jalan pendapatan tambahan, menyediakan latihan kemahiran baru dan menawarkan peluang untuk berkembang dalam Ekonomi Digital yang baru.
Terdapat beberapa program yang ditawarkan untuk memberi peluang pendapatan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan pekerjaan seperti:
- eRezeki
- eUsahawan
- GLOW
- edagang
- eLadang
- eBerkat
Baca juga: Pelbagai Insentif Sehingga RM1,000 Untuk Pencari Kerja Dan Majikan
3. MYFutureJobs
Cara Daftar: [KLIK SINI]
Sebuah laman web rasmi yang diwujudkan khusus buat pencari kerja dengan kerjasama beberapa pihak seperti PERKESO, HRDF, NIOSH, JTKSM, myGOV, mBOT, TalentCorp dan lain-lain.
Daftar akaun di laman web ini dan tepati syarat-syarat yang diperlukan untuk mendapat pelbagai insentif yang disediakan seperti Elaun Mencari Pekerjaan. Selain itu, anda juga berpeluang untuk mengisi lebih 1000++ jawatan kosong serta menikmati pelbagai program yang ditawarkan melalui laman web MYFutureJobs.
Baca juga: Download Aplikasi ‘Prihatin PERKESO’ & Mohon Elaun Mencari Pekerjaan
4. SelangorKerjaya
Cara Daftar: [KLIK SINI]
Program Selangor Kerjaya merupakan inisiatif oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), bertujuan untuk memacu ekonomi warga Selangor melalui pemadanan kerjaya yang berkesan. Calon bakal menjalani penilaian profil serta pemadanan kerjaya sebelum penempatan kerja sebenar berlaku. Program ini juga bakal memberi pendedahan dan pengalaman industri secara langsung menerusi latihan di tempat kerja, tanpa sebarang kos*.
Baca juga: Celcom Axiata Berhad: Pelbagai Jawatan Kosong Dengan Gaji Bermula RM2000++
5. HRDF
Cara Daftar: [KLIK SINI]
HRD Corp bertanggungjawab untuk mendorong aspirasi pengembangan bakat Malaysia melalui pungutan levi daripada majikan dan pembiayaan program latihan serta pembangunan untuk tenaga kerja Malaysia.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, HRD Corp telah mengembangkan misinya yang merangkumi penempatan pekerjaan dan latihan industri, bimbingan serta kaunseling kerjaya di samping mengembangkan peluang menjana pendapatan bagi rakyat Malaysia dari pelbagai kemahiran, latar belakang dan kemampuan.
Untuk mencari kerja melalui skim HRD Corp boleh daftar di http://hpc.hrdcorp.gov.my
Dan latihan atas talian PERCUMA layari http://elatih.hrdcorp.gov.my
Baca juga: Pelbagai Kekosongan Jawatan MCMC Dibuka Sekarang.
6. Protege
Cara Daftar: [KLIK SINI]
Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) telah dilancarkan pada 28 Januari 2019 merupakan satu program latihan keusahawanan dan kebolehpasaran bagi membentuk dan membimbing para belia dengan kerjasama pakar industri dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan (job creators) yang kompetitif dan bersedia ke pasaran global serta pencari kerja (job seekers) yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa.
PROTEGE adalah inisiatif Kerajaan Malaysia membangunkan para usahawan menerusi program latihan dan pembangunan. Portal Protege juga memain peranan untuk menemukan pada graduan dan pencari kerja dengan majikan yang menawarkan kekosongan.
Baca juga: Jawatan Kosong Live Chat Consultant Maxis (August Intake)