Dewan Bahasa dan Pustaka ada membuka jawatan kosong untuk mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.

Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

GAJI/ELAUN

  • RM1600.00/Sebulan
  • Cuti rehat, caruman KWSP & PERKESO

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18-35 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Kemahiran Malaysia (SPM/SKM) atau yang setaraf dan diiktiraf oleh Kerajaan
  • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripadanya mendapat Kepujian dan selebihnya di peringkat lulus

CARA MEMOHON

  • Bagi calon yang berminat hendaklah mengisi dan melengkapkan borang yang boleh didapati pada portal yang berikut: DBP

  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih

  • Sila bawa borang dan segala dokumen untuk temuduga yang akan diadakan

  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang

 

    • Sila baca iklan penuh untuk lihat dokumen-dokumen yang perlu dibawah

 

IKLAN PENUH :

TARIKH TEMUDUGA TERBUKA

18 Oktober 2022 (Selasa) – Bilik Mesyuarat DBP Hulu Kelang

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply