Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) ada membuka jawatan bagi mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.

Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • PEGAWAI SAINS (FIZIK) GRED C41
  •  PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41
  • PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
  •  PEGAWAI SAINS (EMBRIOLOGI) GRED C41
  • JURU X-RAY (RADIOTERAPI) GRED U29
  • JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA) GRED U29
  • JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29
  • PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U29
  • PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
  • PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19
  • PEMBANTU KEMAHIRAN H19 (MEKANIKAL)
  •  PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11
  • PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

GAJI/ELAUN

  • Sila semak iklan penuh

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki kelayakan (PMR/SPM/STPM/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan dari institusi tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Mempunyai kriteria khas yang diperlukan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM)

CARA PERMOHONAN

  • Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal SPJ UMMC untuk memohon jawatan yang disukai.
  • Jika anda tidak mempunyai akaun anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut.
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON.
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
    Selamat maju jaya!

IKLAN PENUH

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

11 Oktober 2022 (Selasa)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply