Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ada membuka jawatan kosong untuk mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.

Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Pegawai Teknologi Maklumat F41

GAJI/ELAUN

  • RM2,315.00 – RM9,618.00

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian/Sarjana/PHD dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON

  • Bagi calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan melalui talian yang berikut:- 

PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

  • Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.
  • Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.
  • Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.

IKLAN PENUH 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

3 JUN 2022 (Jumaat)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply