Lembaga Jurukur Tanah Malaysia  ada membuka jawatan kosong untuk mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan-jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.

Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Personel MyStep Gred J41

GAJI/ELAUN

  • RM2000.00/sebulan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas dan tidak lebih dari 60 tahun
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Ukur Tanah & Geomatik yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia 
  • Keutamaan diberikan bagi mereka yang mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja Strata

CARA MEMOHON

  • Kepada mereka yang berminat untuk memohon jawatan ini, anda bolehlah membuat permohonan secara bertulis (bertaip) dan disertakan dengan resume. Anda juga perlulah menyediakan (dokumen hendaklah disahkan) :
    • Gambar passport terbaru
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Sijil Kelahiran
    • Salinan sijil-sijil Akademik (Ijazah/Diploma/STPM/SPM/SVM/PMR) termasuk transkrip lengkap
    • Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan (Terhad 3 tahun terkini)
    • Salinan sijil vaksinasi lengkap
    • Serta dokumen lain yang berkaitan
  • Dokumen yang telah lengkap bolehlah di hantar ke alamat berikut:-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF 
Lembaga Jurukur Tanah, 
ARAS 5-7, WISMA LJT 
LORONG PERAK
PUSAT BANDAR MELAWATI
53100 KUALA LUMPUR

  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang
  • Selamat maju jaya!

IKLAN PENUH:

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

13 Mei 2022 (Jumaat)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply