Jabatan Kerja Raya ada membuka jawatan kosong (PEKERJA SAMBILAN HARIAN) untuk mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.

Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
  • Tempoh : Maksimum 6 Bulan

GAJI/ELAUN

  • RM54.00/sehari

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dan diiktiraf oleh Kerajaan
  • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripadanya mendapat Kepujian dan selebihnya di peringkat lulus

CARA MEMOHON

  • Bagi calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume/biodata berserta gambar berukuran passport terkini dan juga salinan kad pengenalan, serta sijil tamat pengajian lengkap ke alamat yang berikut:-

PEJABAT JURUTERA DAERAH 

JABATAN KERJA RAYA HULU LANGAT 

PERSIARAN WAWASAN 

SEKSYEN 14 

43650, BANDAR BARU BANGI

  • Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda “Pekerja Sambilan Harian” pada bahagian kiri sampul surat.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan di anggap tidak berjaya.

IKLAN PENUH :

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

10 Mei 2022 (Selasa)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply