Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ada membuka jawatan kosong untuk mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.

Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Penolong Eksekutif Hasil (Teknologi Maklumat)

GAJI/ELAUN

  • RM 2,198.00/ Gaji permulaan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat  yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurangkurangnya 2.70 dan ke atas bagi Diploma berkenaan.
  • Permohonan hanya dibuka untuk calon luar dan kontrak bergaji harian yang sedang berkhidmat di LHDNM sahaja.

CARA MEMOHON

  • Permohonan daripada calon luar hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL: https://career.hasil.gov.my/
  • Permohonan daripada calon yang merupakan pegawai LHDNM bertaraf Kontrak Bergaji Harian hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL: https://spi.hasil.gov.my/. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat di Sistem Pengurusan Insan (SPI) adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.
  • Calon hanya dibenarkan untuk memohon satu jawatan yang diiklankan sahaja. Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM.

IKLAN PENUH

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

20 APRIL 2022 (RABU)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply