Lembaga Peperiksaan Malaysia (KPM) ada membuka jawatan kosong Personal MyStep untuk mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.

Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – PPTM (FA29)

GAJI/ELAUN

  • RM1800.00/sebulan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelulusan minima diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh
    dan masa yang ditetapkan;
  • Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minimum;
  • Mempunyai minat untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri; dan
  • Bertanggungjawab dan berdisiplin.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan dengan mengemukakan dokumen berikut sebelum 11 April 2022 :-

1. Resume beserta gambar berwarna (sila nyatakan jawatan yang dimohon); dan
2. Salinan sijil SPM dan Diploma /Ijazah /setaraf.

Ke alamat seperti di bawah:

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1,2,5-13 BLOK E11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 W.P. PUTRAJAYA
(u.p. : Unit Pengurusan Sumber Manusia Sektor Pengurusan )

*setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda *Personel MySTEP – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29)* di sebelah kiri atas sampul.

ATAU

E-mel kan permohonan anda ke [email protected] / [email protected]

IKLAN PENUH

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Sebelum 11 April 2022 (Isnin)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply