Anda merupakan graduan yang sedang mencari pekerjaan? Gusar dengan masa hadapan? Kini, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)ada membuka jawatan kosong untuk diisi bagi warganegara yang berminat.

Oleh itu, kepada mereka yang ingin mengisi kekosongan jawatan kosong ini, anda bolehlah melihat syarat serta cara permohonan di bawah:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • PENGURUS PROJEK GRED 24 SKIM JURUANALISA SISTEM (TETAP/KONTRAK)

GAJI/ELAUN

  • RM5,600.00 – RM15,900.00

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan tidak lebih 54 tahun ke atas dari tarikh tutup permohonan
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam pengurusan projek IT
  • Menepati syarat-syarat akademik minimum yang telah ditetapkan oleh PERKESO
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan

CARA MEMOHON

  • Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal http://apps.mpm.edu.my/erecruitment untuk memohon jawatan yang dibuka
  • Permohonan adalah secara atas talian (online) sepenuhnya. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan
  • Jika anda tidak mempunyai akaun anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang
  • Selamat maju jaya!

IKLAN PENUH

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

21 FEBRUARI 2022 (ISNIN)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply