Anda graduan yang masih tercari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang anda? Usah risau, kerana ada berita gembira buat anda. Kini, INSTITUT KAJIAN DAN LATIHAN INTEGRASI NASIONAL (IKLIN) JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA) telah membuka kekosongan jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 (Kontrak).

Oleh itu kepada graduan yang berwarganergara Malaysia dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

GAJI/ELAUN

RM 2,078.00 – RM 9,544.00

  • Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 300.00
  • Bantuan Sara Hidup (BSH/COLA ) : RM 300.00

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains sosial, kemasyarakatan atau pembangunan manusia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai latar belakang dalam bidang sains sosial, kemasyarakatan atau pembangunan manusia.
  • Berpengalaman dalam menjalankan kajian sains sosial dan mahir menggunakan perisian analisis terkini seperti SPSS, SEM dan lain-lain.
  • Kemas, berketrampilan dan menarik
  • Berdisiplin
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan

CARA MEMOHON

  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kontrak yang boleh didapati di pautan https://www.jpnin.gov.my/ms/pusat-media/manual-borang-pekeliling-iso
  • Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Lantikan dan Kenaikan Pangkat 2005.
  • Borang Permohonan lengkap hendaklah disertakan :-
    • Gambar terkini (berukuran
      passport),
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Salinan sijil kelahiran
    • Salinan kelulusan akademik
    • Salinan kelulusan MQA bagi kursus yang diambil
    • Resume
    • Salinan sijil
      berhenti sekolah,
    • Salinan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19
    • Salinan Lesen Memandu sebagai dokumen tambahan serta dokumen sokongan yang berkaitan yang telah DIPERAKUI SAH oleh (Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’ atau gred 41 ke atas).
  • Borang permohonan perlu dihantar ke alamat seperti di berikut :

PENGARAH
INSTITUT KAJIAN DAN LATIHAN INTEGRASI NASIONAL
ARAS 7, BLOK E2, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA

  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Selamat maju jaya!

IKLAN PENUH

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

18 FEBRUARI 2022 (Jumaat)

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke :-

talian     : 03-8883 7058

emel ke : [email protected]

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply