Berita gembira buat mereka yang sedang mencari pekerjaan. Kini, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) ada membuka pelbagai jawatan kosong untuk mereka yang sedang mencari pekerjaan. Jawatan-jawatan ini terbuka bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.

Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

GAJI/ELAUN

  • RM1,850.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Katogeri “A”)
  • RM1,550.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Besar)
  • RM1,150.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Kecil – Sub Mukim)
  • RM1,350.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Katogeri “A”)
  • RM1,150.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Besar)
  • RM1,000.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Kecil – Sub Mukim)
  • RM800.00 (Bilal – Masjid Mukim Kategori ”A”)
  • RM700.00 (Bilal – Masjid Mukim Besar)
  • RM700.00 (Bilal – Masjid Mukim Kecil – Sub Mukim)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

IMAM TUA/MUDA

  • Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
  • Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 70 tahun mengikut kad pengenalan pada tarikh iklan dikeluarkan.
  • Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan
  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
  • Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
  • Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang mempunyai Sijil Tahfiz Al-Quran daripada Pusat Tahfiz Al-Quran.
  • Bagi pemohon yang berkhidmat sebagai Penjawat Awam hendaklah mendapat pelepasan daripada MAJIKAN.
  • Pengecualian daripada ujian Tahriri (bertulis) akan dikecualikan kepada pemohon-pemohon yang mempunyai kelayakan berikut;
    1. Sijil IV Thanawi atau Sijil Menengah Ugama atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau mana-mana sijil agama yang setaraf dengannya.
    2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Pendidikan Syariah Islam, Pendidikan Quran Dan Sunnah dan lulus Bahasa Arab.

____________________________________________________________________________________________

BILAL

i. Syarat kelayakan;

  • Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
  • Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
  • Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
  • Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
  • Pemohon jawatan Bilal tidak disyaratkan mempunyai sijil dan akan memasuki ujian safawi (lisan)

CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh didapati di Aras 2, Bahagian Agama, MAIK atau KLIK SINI untuk muat turun dan borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat sebagaimana berikut:-

ALAMAT PERMOHONAN:

Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

(u.p: Bahagian Agama)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

13 FEBRUARI 2022 (AHAD)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply