Berita gembira bagi mereka yang berminat untuk menjadi pendidik, kini Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu ada membuka kekosongan untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Contract of Service).

Oleh itu kepada graduan Ijazah Sarjana Muda yang berminat untuk mengisi dan menyertai pasukan pengajar, anda bolehlah meneliti maklumat, syarat-syarat serta cara permohonan jawatan di bawah:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Contract of Service)

GAJI

RM2188.99 – RM9552.00

Kenaikan tahunan: RM225.00

PENEMPATAN

  • Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu
  • Madrasah Moden Terengganu
  • Sekolah Menengah Islam Darul Iman
  • Sekolah Rendah Islam Darul Iman

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2022
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang sesuai dengan bidang dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
  • Keutamaan akan ditawarkan kepada mereka yang memiliki Sarjana Muda Pendidikan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan
  • Menepati syarat-syarat akademik minimum yang telah ditetapkan oleh JABATAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI TERENGGANU
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan
  • Wajib mendapatkan Dos Imunisasi COVID-19 yang lengkap.

CARA MEMOHON

  • Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari dan memohon melalui portal JABATAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI TERENGGANU.
  • Jika anda tidak mempunyai akaun anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut.
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON.
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

2 FEBRUARI 2022 (RABU) sebelum 5.00 Petang

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan ini, anda bolehlah menghubungi:-

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI TERENGGANU

09-6252525 (Ustaz Mohd Al-Hafiz Bin Karim)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply