Masih mencari pekerjaan? Usah risau, kepada graduan-graduan di luar sana, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ada membuka jawatan kosong untuk jawatan Pegawai Tadbir N41 (secara kontrak). Oleh itu, kepada mereka yang berminat dan berkelayakan anda bolehlah membuat semakan syarat-syarat dan cara permohonan untuk memohon jawatan kosong ini.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Pegawai Tadbir N41

TARAF LANTIKAN

Secara kontrak perkhidmatan (2 tahun)

BAYARAN PERKHIDMATAN

RM3,183.43 sebulan

SKOP TUGASAN

Bertanggungjawab menjalankan proses dan prosedur operasi fungsi teras MQA secara cekap dan berkesan bagi tugasan berikut:

  • Penilaian permohonan Akreditasi Program dan Audit Institusi
  • Pengurusan permohonan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) dan penilaian Pusat Penilaian APEL

SYARAT-SYARAT LANTIKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki kelayakan ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA PERMOHONAN

  • Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara dalam talian di Portal Rasmi www2.mqa.gov.my.
  • Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.
  • Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.
  • Pemohon hendaklah menyenaraikan semua maklumat pendidikan dan akademik yang dimiliki.
  • Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
  • MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.

MAKLUMAT  LANJUT

Sila hubungi talian berikut untuk bantuan:

  • 03-8688 3714/3619/3620 : pertanyaan berkaitan maklumat jawatan yang dipohon.

Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

  • 03-8688 1912 : pertanyaan/bantuan berkaitan masalah teknikal dalam  mengisi borang permohonan

Unit Pembangunan Sistem, Bahagian Teknologi Maklumat

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

20 Januari 2022 (Khamis) jam 4.00 petang

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply