Anda merupakan calon yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia? Berminat untuk menyertai sektor kerajaan melalui Jabatan Sukarelawan Malaysia? Jangan risau, kerana ada berita gembira buat anda. Kini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ada membuka lebih 50 kekosongan jawatan Pembantu Pertahanan Awam GredKP19.

Hah, kepada calon yang mempunyai lepasan SPM yang berwarganegara Malaysia dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Pembantu Pertahanan Awam GredKP19

GAJI

RM1360.00 – RM4052.00

Kenaikan tahunan: RM100.00

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Kemahiran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
  • Menepati syarat-syarat akademik minimum yang telah ditetapkan oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)
  • Kemas
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan

CARA MEMOHON

  • Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 9 (SPA9).
  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut.
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian jawatan yang dimohon.
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
9 JANUARI 2022 (AHAD) 11.59 MALAM

INFO TAMBAHAN

  • Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.
  • Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.



Leave a Reply