Anda graduan Ijazah Sarjana Muda yang mengambil bidang Sains? Masih tercari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang anda? Usah risau, kerana ada berita gembira buat anda. Kini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuka 45 kekosongan jawatan Penolong Pegawai Perubatan (Pengajar Gred U41) dengan pelbagai bidang diperlukan.

Oleh itu kepada graduan kejuruteraan yang berwarganergara Malaysia dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Pengajar Gred U41

GAJI
RM2,429.00 – RM9,656.00

Kenaikan tahunan: RM225.00

PENGKHUSUSAN YANG DIPERLUKAN

  • Health Practice Development 
  • Health Science 
  • Health Studies (Medical Assistant)
  • Kesihatan masyarakat
  • Pembantu Perubatan
  • Sains forensik
  • Sains Kesihatan (Penjagaan Pra Hospital/Pre Hospital)
  • Sains Perubatan Kecemasan
  • Sains Sukan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
  • Menepati syarat-syarat akademik minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan

CARA MEMOHON

  • Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 9 (SPA9).
  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut.
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian jawatan yang dimohon.
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
3 JANUARI 2022 (ISNIN) 11.59 MALAM

INFO TAMBAHAN

  • Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.
  • Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.





Leave a Reply