Program KERJAYA GIG : Daftar Sekarang Dan Terima Elaun RM600/bulan Selama 6 Bulan. ~ Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.

Sukacita dimaklumkan buat rakyat Malaysia terutamanya pencari kerja, anda kini boleh menyertai Program Kerjaya GIG dibawah pakej PEMULIH dan nikmati insentif (elaun) yang diberikan.

Baca juga: Jawatan Kosong Live Chat Consultant Maxis (August Intake)


Program KERJAYA GIG (PERKESO)

Program ini merupakan salah satu inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui PAKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT & PEMULIHAN EKONOMI (PEMULIH).

Program KERJAYA GIG merupakan kesinambungan daripada insentif pengambilan pekerja dan program latihan dari PenjanaKerjaya 3.0 untuk individu yang mengambil pekerjaan jangka pendek dalam tempoh mendapatkan pekerjaan sepenuh masa.

Kelebihan:

  • Insentif RM600/bulan selama 6 bulan.
  • Kerja atas talian selama 40 jam sahaja sebulan (Purata 2 jam sehari).
  • Masa bekerja adalah fleksibel ikut kesesuaian anda.
  • Bekerja di syarikat yang disenaraikan di bawah PERKESO. 

Baca juga: Shafleena Venture Sdn Bhd: Jawatan Kosong & Latihan Disediakan.


Cara Daftar Program KERJAYA GIG (PERKESO)

Untuk pengetahuan anda, penyedia platform Armels adalah penyedia platform BERDAFTAR untuk program ini. Berikut ialah cara untuk mendaftar:

1. Anda dikehendaki melayari pautan ini: https://form.jotform.com/212022606302437

2. Kemudian, skrol ke bawah dan klik “NEXT“.

3. Seterusnya, anda akan diminta untuk mengisi maklumat anda seperti gambar di bawah.

4. Setelah selesai lengkapkan maklumat yang diperlukan, klik “NEXT“.

5. Di halaman berikutnya, anda akan diminta untuk mengisi bahagian Maklumat Untuk Dihubungi iaitu, No telefon dan Emel.

6. Klik, “SUBMIT” setelah selesai.

7. Selesai.

Baca juga: Daftar Sebagai Pencari Kerja & Sertai Latihan Secara Percuma!


Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai soalan, sila terus hubungi talian : 011-3095 6700 atau [email protected]

Bagi calon-calon yang berjaya, anda akan dihubungi dan dipanggil untuk temuduga. Tempoh kelulusan dan pendaftaran adalah mengambil masa 14-30 hari. 

Semoga berjaya!

Leave a Reply