“IJAZAH BUKAN LAGI KEUTAMAAN, BELIA PERLUKAN KEMAHIRAN”

 

Seperti yang diketahui umum, graduan daripada UA saban tahun semakin meningkat dan ini juga dapat dibuktikan ramai graduan yang mempunyai ijazah namun tidak memiliki pekerjaan. Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019, negara merekodkan senarai bilangan penganggur sebanyak 516,600 graduan yang menganggur. Jika dipecahkan jumlah tersebut, seramai 238, 286 penganggur daripada siswazah dan termasuk 174,327 siswazah yang mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia dibawah Jabatan Tenaga Kerja (JKT) Semenajung melalui sumber www.JobsMalaysia.gov.my.

Peluang melanjutkan pengajian di menara gading kini, bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok kumpulan pendapatan isi rumah terendah(B40) untuk mengubah nasib keluarga dan diri. Berbekalkan diploma dan ijazah yang dimiliki selepas dua hingga empat tahun pengajian, peluang mereka memperoleh pekerjaan bergaji setimpal kelulusan yang dimiliki kelihatan semakin sukar, melainkan jika berpeluang menyertai perkhidmatan awam.

Dengan adanya Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM), Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan () yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia sedikit sebanyak memberi sinar kepada masyarakat yang tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran namun berminat dalam mencemburui bidang kemahiran.

Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), iaitu bermulanya pada tahun 2016 sehingga 2020 Kerajaan menyasarkan sepanjang tahun tersebut, Kerajaan akan meneruskan agenda untuk menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan memiliki sikap positif untuk terus maju dalam ekonomi global.

Langkah untuk merealisasikan RMKe-11, Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada empat bidang iaitu menambah baik kecekapan pasaran buruh untuk meningkatkan partumbuhan ekonomi. Kedua, mentransformasi TVET untuk memenuhi permintaan industri. Ketiga memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan kemahiran dan yang keempat menambah baik kualiti sistem pendidikan bagi peningkatan outcome pelajar dan kecemerlangan institusi.

 

Agenda ekonomi yang digariskan dalam RMKe-11 dijangka akan mewujudkan 1.5 juta pekerjaan menjelang tahun 2020 dengan sasaran penambahbaikan dalam produktiviti buruh dan pengurangan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.

Jika masyarakat Malaysia majoriti mempunyi kemahiran nescaya negara Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian yang setaraf dengan negara Jepun. Tidak dinafikan, dengan peralihan yang berterusan daripada aktiviti ekonomi berintensifkan buruh kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi membuatkan negara Malaysia bergerak kearah sebuah negara yang mampu mencipta corak baharu atau jenama sendiri.

Namun terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai sifat memilih pekerjaan menyebabkan juga kadar pengangguran meningkat walaupun mereka sedar bahawa mereka tergolong dalam keluarga kurang senang. Dapatan utama Kajian Pengesanan Siswazah yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 2015, mendapati kadar pengangguran dalam kalangan mahasiswa daripada keluarga berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan, mencapai sasaran sebanyak 42% di peringkat Diploma dan sebanyak 28.1% bagi penyandang ijazah pertama.

Pada pandangan saya sebagai mahasiswa dari Universiti Malaysia Terengganu yang mengambil subjek Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Malaysia sangat yakin bahawa seseorang yang mempunyai kemahiran mampu menjamin masa depan diri. Seperti yang diketahui umum, kemahiran terbahagi kepada banyak bidang walaupun kemahiran yang diperoleh tidak dapat disumbangkan dalam sebuah (tempat kerja) namun kemahiran tersebut boleh digunakan untuk menjana pendapatan sendiri. Sebanyak 60% daripada pekerjaan yang akan diwujudkan dijangka memerlukan berkaitan TVET. Dalam era ini, TVET dikenal pasti sebagai pemacu perubahan bagi Malaysia untuk meghasilkan modal insan yang berkemahiran.

Secara keseluruhannya, bidang fokus ini akan menghasilkan modal insan bertaraf dunia yang diperlukan oleh Malaysia dalam fasa terakhir untuk menjadi negara maju. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kemahiran mampu menjamin masa depan sendiri mahupun masa depan negara. Jika negara Malaysia mampu mewujudkan seramai mungkin orang yang berkemahiran tidak mustahil KDNK negara akan melonjak tinggi. Oleh itu, masyarakat yang berkemahiran bukan sahaja dapat menyumbangkan kebaikan kepada diri sendiri malah dapat menjamin masa depan negara untuk terus maju.

 

Kasmawati Binti Samaila

Mahasiswi Ekonomi Tahun Akhir,

Universiti Malaysia Terengganu.

 

Leave a Reply