6 Sebab Mengapa Hari Ini Parlimen Perlu Tolak Penurunan Umur Pengundi 18 Tahun Keatas

1. Kesejahteraan Sekolah dan Persekitaran

Kawasan persekolahan adalah sebuah institusi bebas dari idelogi politik. Bukan persoalan kematangan pelajar menerima politik yang menjadi keutamaan tetapi adakah ahli politik kita cukup matang berpolitik untuk diteladani oleh pelajar sekolah. Lihat sahaja bagaimana kematangan perdebatan Dewan Rakyat dan sikap biadap sesetengah ahli parlimen mengutarakan pengucapan yang berbau perkauman,mengherdik dan mengutuk lawan masing-masing. Pasti kalau itu ukuran tontonan para pelajar,pasti refleksi lebih negatif bakal mewarnai persekitaran di kawasan sekolah yang baru.

2. Status Guru Berpolitik

Guru tidak dibenarkan berpolitik(KPM). Kalaupun di benarkan selepas ini, apa jaminan mereka dan sejauh mana kebebasan mereka berpolitik. Adakah seperti beberapa kes sebelom ini dimana guru yang tidak mengikut telunjuk rejim akan di tukarkan ke kawasan lain? Usaha Pendemokrasian kata ahli parlimen Malaysia? namun adakah kebebasan kita cukup.

3. Tidak Menjawab isu keluar mengundi rendah

20-25% tidak keluar mengundi setiap kali PRU dan di beberapa prk 25%-50% tidak keluar megundi. Mana lebih penting kesedaran untuk mengundi atau tambah pengundi 3.9juta dah boleh mengundi tapi mereka masih tidak mahu mengundi. Sila jawab?

4. Politik atau Dipolitikk

5. Kekangan Polisi dan Peraturan

Tak perlu pergi jauh Akta Perhimpunan Awam , syarat sah menyertai perhimpunan awam adalah 21 tahun keatas. Takkan adik-adik ni dah boleh mengundi tahap perhimpunan mereka hanya dalam persekitaran sekolah.

6. Pendidikan Politik

Hampir tiada! kalau pun ada usaha pemahaman politik dalam subjek sivik kewarganegaraan. Namun semua pelajar tahu hakikat kesan subjek tersebut sejauh mana impaknya atau ada sesetengah guru sekolah mengambil subjek ini sebagai masa tambahan untuk subjek peperiksaan yang lain. Perlembgaaan dan undang-undang diajar di Universiti (untuk pengajian tertentu)pun masih banyak lambakkan mahasiswa tidak cakna politik, bagaimana pula ceritanya 18tahun nanti. Apa usaha kerajaan kalau benar ini cabaran politik PRU depan nanti.

Amirul Aliff
Mahasiswa Fakulti Sastera dan Sains Kemanusiaan UKM, Bangi

Leave a Reply