Senyap dan menyepi . Tiada sebarang tindakan atau pemakluman hingga hari ini. Adakah penindasan yang di alami oleh mahasiswa ini dipandang remeh?

Fakta terkini. pihak universiti telah mengumumkan 17 Februari 2019 adalah tarikh keputusan rasmi peperiksaan akhir akan keluar. Tarikh itu juga merupakan tarikh permulaan semester.

Berita gembira buat peminjam PTPTN kerana 24 Februari 2019 merupakan jangkaan awal wang pinjaman di depositkan.

Malang buat peminjam YPJ , 30 hari bekerja akan mula dihitung 17 Februari 2019 dan tamat pada 2 April 2019. Cuti pertengahan semester bermula 4 April 2019.

Separuh semester peminjam YPJ terpaksa bertahan hidup dengan pelbagai cara sendiri. Sedangkan kemudahan pinjaman itu seharusnya masuk selewatnya minggu pertama semester, tapi ia tidak berlaku.

Harus kemana arahnya lagi mahasiswa harus bawa isu ini? Adakah dengan cara turun beramai-ramai kejalanan baru isu ini dipandang berat?

Langkah yang proaktif haruslah diambil oleh pihak YPJ berkenaan isu ini. Saya faham pihak YPJ mempunyai pelbagai urusan dan aktiviti yang harus didahulukan , seperti program-program “comunity engagement” . Pada pendapat saya, isu ini perlu diambil tindakkan setidak-tidaknya mengurangkan tarikh 30 hari kepada 7 hari . Isu ini berlarutan dari 2005. Satu badan yang gah membiyayai pelajar-pelajar harus mengkaji dan mengubah dasar lapok yang mereka laksanakan.

Leave a Reply