Oleh: Edan Kon Hua En (Ahli Suara Siswa UM dan Naib Presiden UMANY)

Kebelakangan ini, mahasiswa telah mula melaungkan erti “autonomi universiti”. Khususnya selepas kes perlantikan politik dalam Universiti Awam (UA) telah dibincang secara luas. Jika kita fahami erti “Autonomi Universiti” di atas, ia adalah penting untuk kita memahami apa yang dimaksudkan “universiti” dan “autonomi” terlebih dahulu.

Perkembangan universiti bermula sejak beberapa abad yang lalu, bermula dengan perkataan “universitas” yang bermaksud :menyeluruh atau dunia. Ia digunakan selepas lahirnya idea universiti untuk mecerminkan pertembungan antara para akademik di satu tempat untuk berbincang tentang ilmu.

Secara umumnya, model universiti moden kini merujuk kepada idea univesiti Alexander von Humbldt(Ahli Akademik German) yang menekankan penggabungan fungsi universiti sebagai tempat mengajar ilmu dan menerokai ilmu yang baru(Penyelidikan), dan juga idea universiti Clark Kerr(Ahli Akademik Amerika Syarikat) dengan konsep “multiversiti” yang bermaksud universiti bukan terdiri daripada komuniti tunggal, tetapi terdiri daripada pelbagai komuniti termasuk kakitangan bukan akademik, komuniti penyelidikan, mahasiswa,dan batasan meluas sehingga ke komuniti luar kampus seperti peniaga, penggubal undang-undang dan sebagainya. Kini, universiti telah menjadi sebuah badan yang sangat rumit seumpama sebuah masyarakat yang bersaiz kecil.

Apakah fungsi universiti? Mahasiswa dan pensyarah sebagai seorang ahli akademik yang professional, berperanan berkhidmat untuk kebenaran. Prinsip “saya hormat akan guru, tetapi saya lebih cinta akan kebenaran” adalah prinsip yang tertinggi bagi setiap universiti. Prinsip ini disertakan dengan fungsi utama universiti dalam mengetuai perkembangan negara dari segi politik, sosial, ekonomi, budaya dan lain-lain.

Sebagai satu insititusi yang berdiri di penghujung negara, ia tidak patut beroperasi mengikut norma masyarakat ataupun suasana yang sedia ada, malah ia patut tidak gentar dengan melahirkan ideologi baru dan mengetuai perubahan masyarakat kepada yang lebih baik. Untuk mencapai matlamat di atas, kedudukan ia seharusnya melangkaui politik, parti politik mahupun dunia korporat. Ia bukan sekolah rendah, bukan sekolah menengah, malah ia adalah institusi yang mempunyai tanggungjawab penuh terhadap masyarakat.

Perkataan “autonomi’ berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud “pentadbiran sendiri”. Ia juga bermaksud kebebasan dalam pemikiran dan gelagat sesuatu entiti. Apabila dua perkataan itu digabungkan menjadi “autonomi universiti”, maka ia bermaksud universiti mempunyai kuasa penuh untuk menentukan arah tuju dan menguruskan universiti. Istilah ini tidak sama langsung dengan “power decentralisation” yang merujuk kepada kerajaan menurunkan kuasa kepada universiti untuk mentadbir. Sebaliknya, “autonomi universiti” adalah merujuk kepada universiti yang diketuai sepenuhnya oleh ilmuan professional dan pentadbirannya tidak akan ada hubungan kepentingan dengan kerajaan pusat negara.

Universiti mempunyai autonomi yang sebenar adalah mengamalkan amalan demokrasi di mana pemimpinnya dilantik oleh anggota-anggota dalam kampus yang termasuk ahli akademik dan mahasiswa. Dengan menggunakan kepakaran para ilmuan, ia mampu menjadi universiti yang unik dengan mengikut hala tuju yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dan melahirkan generasi muda yang bebas fikirannya tanpa terlibat dengan indoktrinasi rejim mengikut kepentingan politk masing-masing.

Konklusinya, universiti wajar menjadi sebuah institusi yang ditadbir sepenuhnya oleh ahli akademik yang mempunyai deria yang sensitif mengenai tahap perkembangan masyarakat. Ia patut menjadi sebuah institusi yang bebas daripada kencaman politik dan pada masa yang sama dapat mengikuti usaha membangunkan bakat-bakat generasi muda demi kepentingan negara. Kembalilah kepada matlamat asal dan semangat sebenar universiti.

Rujukan:
1)Camelia Florentin &Marieta (2013). University Autonomy and Academic Freedom-Meaning and Legal Basis. Perspective of Business Law Journal. 2(1), 192-199

2) Chun-Chieh Huang (2015). The Idea of University: Tradition and Modernity.

By aininasofia

Yang lebih banyak mengajar tentang kehidupan adalah jalan yang penuh manusia & kemanusiaan.

Leave a Reply