1. Saya melihat agak hangat perbahasan mansuh/pinda AUKU dalam kalangan aktivis mahasiswa.

 

2. Saya berpandangan jika AUKU ditanggalkan daripada perlembagaan kita – tetap sahaja akan ada akta lain yang akan menggantikan.

 

3. Pakatan Harapan sudah berjanji akan memansuhkan AUKU. Saya optimis mereka akan berbuat demikian.

 

Ini merupakan penggal pertama mereka, pastinya setiap janji akan diusahakan untuk ditunaikan.

 

4. Berbalik kepada AUKU, pasukan “mansuh AUKU” sedang rancak menyiapkan cadangan undang-undang baharu.

 

Begitu juga mantan aktivis mahasiswa mereka turut ingin memerah kepala untuk AUKU.

 

Saya percaya ada dalam kalangan bekas aktivis mahasiswa ini merupakan ahli parti komponen PH. Ini bermakna lebih mudah mereka menyalurkan cadangan. Berbeza dengan mahasiswa yang belum punya parti.

 

5. Saya lebih berminat untuk menggunakan perkataan mansuh atas dua perkara.

 

Pertama PH dah kata nak mansuh.

 

Kedua kerana imej AUKU itu yang sering dikatakan merantai mahasiswa.

 

Tapi pada akhirnya – beberapa bahagian dalam AUKU wajib ada pada undang-undang baharu itu.

 

Cuma hal autonomi universiti, peranan HEP, kuasa menteri dan kebenaran mengutip dana akan menjadi topik tumpu perbincangan.

 

6. Secara jujur saya tidak optimis akan ada gerakan mahasiswa yang besar secara tiba-tiba apabila AUKU dimansuh.

 

Pergerakan mahasiswa mungkin akan tetap perlahan tapi lebih terbuka dan “culture of fear” sedikit sebanyak dikikis.

 

Tapi ia boleh membantu proses keaktifan mahasiswa yang lebih ramai untuk masa akan datang.

 

7. Selamat berbincang buat mahasiswa, semoga menemui cadangan yang terbaik.

Leave a Reply