UIAM MENGUNDI, #UndiGunaOtak – Satu Inisiatif Dari Pelajar Untuk Pelajar

Oleh: Izzah Dejavu

UNIVERSITI seharusnya menjadi tempat pertembungan idealisme bukan medan mencari jalan tengah yang menguntungkan pihak tertentu. Tetapi apabila usul ditolak tanpa ditimbang, suara dibungkam dengan mainan agama, kritik dilarang tanpa alasan, dituduh subversif dan mengganggu keamanan, maka hanya ada satu persepsi; itu bukan ladang belajar tapi ladang judi menternak lembu.

Mengikuti perkembangan Pilihan Raya Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang bakal lebih hangat pada minggu hadapan, sebahagian pelajar UIAM yang terdiri dari pelbagai latar belakang telah menganjurkan kempen UIAM Mengundi (#UndiGunaOtak).

Ini adalah salah satu gerakan kolektif para pelajar bertujuan jelas menerapkan kesedaran dan bersama rakan-rakan UIAM membuat pilihan bijak pada Pilihan Raya Kampus kali ini, kerana di #UIAMmengundi kami yakin bahawa setiap seorang dan suara yang kita bawa amat penting dalam menentukan perjalanan kampus pada masa hadapan.

 “If nothing works, we’ll do nothing!”

Percaya bahawa setiap idea harus di susuli dengan aksi yang datang dari tangan para pelajar sendiri sebagai sebahagian dari ‘stakeholder’ kampus, #UIAMmengundi dengan perbezaan latar kuliah, tanpa mengira tahun pembelajaran, mahasiswa/mahasiswi menyandang jawatan mahupun tidak, #UIAMengundi mengajak semua mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk bersama mengangkat suara pelajar melalui undian Pilihan Raya Kampus UIAM pada 12 Oktober 2017 (Khamis) ini.

Kempen ini bersifat objektif dan ‘student-centric’, tanpa mempunyai kecenderungan/ kepentingan dari mana-mana pihak. Kami di #UIAMengundi percaya, rakan-rakan yang bakal bertanding sebagai wakil pelajar pada Pilihan Raya Kampus adalah orang yang punya idea dan jelas terhadap agenda yang mahu dibawa sebagai wakil pelajar. Seorang yang mampu menjamin kebebasan, bukan menerajang keberanian dengan menyekat suara-suara pelajar yang mula menyuarakan pendapat.

Justeru, bagi menjayakan kempen ini, #UIAMengundi menjemput Anda terlibat dan menjadi sebahagian daripada kempen #UIAMengundi ini. Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami di medium FB: UIAMengundi. Jangan lupa ekspresikan sokongan dengan menukar ‘profile picture’ anda. Bersama kita bangunkan wajah mahasiswa yang tidak terpisah dari gerakan sosial, yang tidak tertumpu hanya pada ‘kemenangan’ dan ‘political interest’ sendiri. Dari Mahasiswa untuk Mahasiswa!

Like page UIAMengundi untuk sebarang update sepanjang PRK kali ini!

https://www.facebook.com/UIACakna/

Terima kasih

Leave a Reply