Senarai Bantuan Yang Akan Diterima Oleh Golongan Belia ~ Pembentangan Bajet 2022 telah berlangsung beberapa hari yang lalu dan dibentangkan oleh Tengku Zafrul selaku Menteri Kewangan Malaysia.
Terdapat beberapa pakej bantuan dan peruntukkan khas khusus buat golongan belia telah diumumkan. Anda boleh semak senarai bantuan yang akan di terima oleh golongan belia di negara kita seperti di bawah:
- PerantiSiswa : Tablet percuma untuk pelajar IPT golongan b40, sekitar RM800/tablet.
- Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) : Bujang (RM350), Berkahwin tapi tidak mempunyai anak (RM1,000)
- Program JaminKerja : 600,000 peluang pekerjaan disediakan
- mySTEP : 80,000 kontrak mySTEP bagi lepasan sekolah dan graduan
- Insentif Penggajian: Untuk menggalakkan majikan memberi peluang pekerjaan kepada graduan menganggur
- Program latihan dan meningkatkan latihan : Program latihan dan jaminan pekerjaan oleh HRD Corp, Kementerian Pengajian Tinggi dan lain-lain
Sekiranya anda seorang belia, graduan yang belum mendapat pekerjaan, pastikan anda memohon kesemua inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan ini untuk membantu anda meningkatkan taraf hidup anda dan mendapatkan pekerjaan.
BACA JUGA:
- BAJET 2022: Senarai Bantuan Untuk Pelajar & Diskaun Bayaran Balik PTPTN
- BAJET 2022: Senarai Bantuan Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Rakyat Malaysia!
- Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI 2021), RM2000 Secara One-Off